web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Survival UMNO Bergantung Keyakinan Bukan Melayu

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 10:43PM

Mohamad Hasan berucap ketika merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Undi Melayu sahaja tidak akan mencukupi  untuk membentuk kerajaan yang stabil, tegas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, survival UMNO selepas ini turut bergantung kepada keupayaan parti berkenaan untuk meyakinkan populasi bukan Melayu.

Menurut Mohamad, UMNO tidak boleh sekadar mengharapkan rakan sekutu untuk menyalurkan sokongan bukan Melayu kepada parti berkenaan dan Barisan Nasional (BN), kerana ia sangat berisiko serta tidak selari dengan kepentingan jangka panjang.

“Pentas politik Malaysia hari ini ibarat pesta. Sarat dan sesak dengan pemain. Pelbagai parti baharu wujud ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, bersaing mahu memecah dan meraih undi Melayu dan bukan Melayu.

“UMNO mesti mempunyai strategi sendiri. UMNO adalah taruhan yang sederhana, yang tidak ekstrem, yang meraikan kepelbagaian dan mampu membawa kestabilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam ini.

Menurut Mohamad, UMNO mesti melebarkan sokongan dalam kalangan orang Melayu bandar dan memantapkannya.

Katanya, secara realiti jumlah penyokong tegar UMNO semakin menyusut, kerana penghijrahan ke bandar dan penembusan modenisasi serta maklumat di kawasan luar bandar.

“Sumber kekuatan UMNO, mesti melangkaui kawasan ‘heartland’ Melayu. Melayu telah lama berhijrah ke bandar dan kawasan Melayu juga telah banyak dibandarkan.

“Lebih ramai Melayu tinggal di bandar waktu ini daripada di luar bandar. Malangnya, kita terus berhadapan kesukaran untuk menang di kawasan bandar, meskipun pengundi Melayu adalah sangat ramai. Fenomena ini tidak boleh dibiarkan berlarutan,” ujarnya.

Jelasnya, menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang, UMNO memerlukan ‘visi yang konkrit’ untuk Malaysia, bukan sekadar manifesto. - Getaran , 16 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Sokong Bubar DUN Negeri Sembilan, PRN Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat - Tok Mat

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 12 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad