web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Ketinggalan' PKR Pada PRN Johor, Rafizi Umum Kembali Berpolitik

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 4:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengumumkan kembali ke gelanggang politik apabila mengesahkan beliau akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden parti itu pada pemilihan akan datang.

Mengumumkan perkara itu hari ini, Rafizi berkata, keputusan tersebut diambil selepas melihat prestasi PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menyaksikan ia berada di kedudukan ketiga selepas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, ia adalah kekalahan keempat berturut-turut dalam beberapa siri PRN.

“Selepas keputusan PRN Johor, saya menyedari bahawa PKR dan PH ditolak rakyat hingga jatuh menjadi gabungan ketiga selepas UMNO/BN dan PN.

“Keputusan itu perlu diterima dengan terbuka dan tawaduk oleh semua rakyat Malaysia yang mendukung idealisme politik progresif dibawa PKR serta PH,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, PKR dan PH seakan-akan tiada idea untuk menambat kembali hati rakyat, bahkan hanya mengulangi pendekatan sama.

Rafizi berkata, satu-satunya strategi diulang-ulang adalah pendekatan ‘khemah besar’ untuk menyatukan semua parti yang bersaing dengan UMNO/BN. 

Jelasnya, terbaru beliau dimaklumkan Majlis Presiden PH bersetuju mengambil pendekatan untuk berbincang dengan PH mengenai kemungkinan bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Walaupun tidak ada tanda pun pendekatan ‘khemah besar’ terbabit mendatangkan sebarang hasil setakat ini, ia kekal menjadi satu-satunya jalan difikirkan pimpinan PH.

“Seolah-olah keseluruhan pimpinan sudah mati akal untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat,” katanya.

Selain itu, mantan Ahli Parlimen Pandan berkenaan berkongsi bahawa beliau mendapat desakan daripada pendukung PKR dan PH dalam kalangan rakyat biasa untuk dirinya kembali ke gelanggang politik.

Bagaimanapun, Rafizi berkata, beliau mengambil masa panjang kerana tidak yakin boleh membantu dalam keadaan pandangannya adalah minoriti bagi pimpinan PKR dan PH.

“Saya berpendapat kegilaan mencatur sokongan di peringkat atas sehingga PKR dan PH nampak terpisah serta kaku daripada suara rakyat, akan dihukum rakyat,” katanya.

Ujarnya, jika PKR dan PH ingin menambat semula hati rakyat, pemimpinnya perlu kembali berjuang habis-habisan untuk memudahkan kehidupan harian rakyat. 

“Bukan sahaja menuding jari, bawalah penyelesaian masuk akal untuk meyakinkan rakyat bahawa kehidupan mereka boleh menjadi lebih baik jika memilih PKR dan PH,” katanya. - Getaran, 15 Mac 2022
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 18 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 12 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM