Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Pembangkang Wajar Nilai Punca Kekalahan, Cipta Strategi PRU-15

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 9:02AM

BN berjaya menubuhkan kerajaan di Johor selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac lalu. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa di 40 daripada 56 kerusi, seharusnya menjadi penanda aras kepada pemimpin parti pembangkang untuk menilai semula punca di sebalik kekalahan mereka.

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, kemenangan BN disumbangkan beberapa faktor, terutama perpecahan dalam kalangan parti pembangkang.

Katanya, jika diperhatikan corak pengundian pemilih di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN), contohnya Parit Yaani, majoriti undi diperoleh calon BN, Datuk Najib Samuri bagi menewaskan calon PH, Cikgu Aminolhuda hanya 284 undi.

“Di Parit Yaani, undi BN adalah 9,070 dan PH 8,776, manakala Perikatan Nasional (PN) 5,435. Jadi sekiranya pembangkang, iaitu PH dan PN bergabung, sudah tentu BN kalah,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Mazlan Ali
Mazlan Ali

Mazlan berkata, strategi ‘gabungan’ antara parti pembangkang itu jika dipraktikkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), mungkin boleh menyebabkan BN tewas walaupun mempunyai rekod cemerlang apabila memenangi majoriti pilihan raya kecil (PRK) dan PRN.

“Justeru, kaedah gabungan itu juga tidak menjamin BN boleh memenangi PRU-15, terutama memandangkan senario pengundian di negeri adalah berbeza dengan di peringkat nasional.

“Peratusan keluar mengundi, termasuk pemilih baharu di PRN Johor yang rendah turut menjadi faktor kemenangan BN di negeri berkenaan semalam,” katanya.

Menurut Mazlan, sukar untuk BN memenangi pilihan raya berkenaan jika di PRU-15 parti pembangkang bergabung dan kadar peratusan keluar mengundi pula mencecah sehingga lebih 80 peratus.

Jelasnya, dengan sikap UMNO yang dilihat parti lain, antaranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS sebagai cuma mempercayai komponen sendiri dan beberapa kali menolak pelawaan dua ‘parti lawan’ terbabit untuk bekerjasama, pastinya sukar untuk parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu sekiranya mahu menjalin kerjasama demi mengukuhkan kedudukan di PRU-15.

“Saya melihat keputusan di Johor sendiri memberi indikator kepada parti pembangkang, termasuk PN untuk nilai balik apa punca kekalahan.

“Keputusan ini perlu dinilai semula oleh pembangkang, mungkin ada keperluan keputusan boleh diambil bersama, maksudnya atas dasar persamaan untuk bekerjasama,” katanya.

Anwar Ibrahim - Gambar Azim Abd Rahman
Anwar Ibrahim - Gambar Azim Abd Rahman

Ditanya adakah Presiden PKR yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyebabkan kekalahan dua parti pembangkang utama itu, selain dilihat sebagai figura politik yang sudah ‘hilang taring’ untuk meraih undi, Mazlan berkata ia berkemungkinan menjadi faktor tambahan.

“Anwar sekarang ini saya dapati sudah mula ditolak Melayu dan kaum ini ramai tidak menyokongnya. Di Johor yang bukan Melayu, termasuk Cina pula nampak macam dah boleh terima BN sepanjang kempen mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Jadi ini menunjukkan Anwar kurang sokongan dan tak mampu bawa satu tarikan kepada PKR sendiri.

“Sebab mungkin imej Anwar musuh politiknya berjaya menggambarkan beliau liberal, termasuk terbabit isu moral. Sepanjang krisis politik juga Anwar nampak banyak sangat kata mahu tubuh kerajaan tapi tiada juga, jadi orang macam hilang keyakinan pada beliau,” katanya.

Mengulas mengenai keperluan untuk mantan Timbalan Perdana Menteri itu berundur daripada politik negara selepas reputasinya dianggap semakin tercalar selepas beberapa kali parti pimpinannya ‘tumbang’, Mazlan berkata, arena berkenaan tiada istilah persaraan sehingga nafas berhenti.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, Anwar boleh mengubah peranannya dengan mengetengahkan muka baharu untuk memimpin PKR.

Dr. Mahathir Mohamad - Gambar Azim Abd Rahman
Dr. Mahathir Mohamad - Gambar Azim Abd Rahman

Kemungkinan, katanya, orang inginkan kepimpinan berwajah baharu kerana mereka muak dengan pemimpin sama, seperti turut dialami Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini seperti sudah tiada sokongan apabila bertanding menerusi Parti Perjuang Tanah Air (PEJUANG).

Pada PRN Johor, PKR memperoleh satu daripada 20 kerusi dipertaruhkan, iaitu di Bukit Batu ditandingi calon Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern.

Manakala PH memenangi 11 kerusi dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), satu kerusi – Getaran, 15 Mac 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Gemar Utus Kad Raya, Lebih Unik Dan Sangat Klasik

Semasa 1 hari yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura Beri Kerjasama Dalam Siasatan Jambatan Runtuh Di AS