web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sambutan Undi18 Kurang, BN Mahu Bekerja Keras - Ahmad Maslan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 8:13PM

Ahmad Maslan berkata UMNO akan mendekati golongan Undi18 sebagai persiapan untuk PRU15. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sambutan yang kurang memuaskan terhadap promosi Undi18 di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor antara faktor yang membuatkan Barisan Nasional (BN) perlu bekerja lebih keras bagi memastikan mereka mampu memenangi hati pengundi muda.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mereka akan memastikan persediaan rapi dibuat untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti, termasuk mendekati golongan berkenaan.

“Daripada 5.8 juta pengundi setakat ini, 1.2 juta berusia 18 hingga 20 tahun manakala 4.6 juta lagi berusia 21 tahun ke atas.

“Jadi kita ada kerja tambahan untuk merapatkan diri dengan mereka.

“Dalam golongan itu, 750,000 daripada mereka ialah pengundi kali pertama,” katanya dalam sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Beliau mengakui, Undi18 akan memberikan cabaran yang hebat kepada BN.

“Bagaimanapun, BN telah memenangi 40 kerusi dan turut mendapat sokongan pengundi baharu.

“Dalam erti kata lain, mereka tentunya menyokong BN,” katanya.

Sebelum ini, Penganalisis Sosio Politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, peratusan keluar mengundi yang rendah pada PRN Johor berlaku kerana pihak berwajib kurang memberi penekanan terhadap promosi Undi18.

Menurutnya lagi, kehadiran pengundi muda jelas kurang menyerlah dan pihak terlibat seharusnya mempromosikan Undi18 secara lebih agresif.

Beliau yang juga Pensyarah Jabatan Sosiobudaya, Akademi Pengajian Melayu berkata, suara generasi muda seharusnya diberi perhatian bagi membolehkan sistem sedia ada, khususnya pendidikan ditambah baik. - Getaran, 14 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 18 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad