web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemenangan BN Sudah Dijangka - Pemimpin Politik 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 1:26AM

Ismail Sabri menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN pada plihan raya negeri itu. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sememangnya sudah dijangka dari awal oleh beberapa penganalisis politik dan barisan kepimpinan gabungan itu sendiri.

Keyakinan tersebut dapat dilihat dengan beberapa hantaran yang dimuat naik di media sosial masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu hantaran di Facebook mengucapkan tahniah kepada BN atas kemenangan dalam PRN Johor.

“Terima kasih kepada semua pengundi-pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas-petugas yang bekerja keras dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional.

“Masa untuk Kestabilan Masa Depan rakyat Johor,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya.

Terdahulu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menyifatkan peluang BN untuk menang di Johor adalah baik, namun gabungan parti itu perlu menang lebih daripada sekadar majoriti mudah.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan turut melahirkan rasa teruja dengan kemenangan BN yang dianggap satu kejayaan besar.

“Barisan Nasional telah peroleh 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor.

“Barisan Nasional di bawah Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad akan memimpin dan mencorak masa depan Johor Darul Takzim bagi lima tahun akan datang!

“Terima Kasih Rakyat Johor! Kestabilan masa depan,” katanya di Facebook.

Laungan ‘Bubar Bubar Bubar Parlimen’ juga  berkumandang di pusat gerakan Barisan Nasional, sejurus keputusan tidak rasmi menunjukkan gabungan itu berjaya menawan kembali Johor dengan majoriti 2/3.

Penyokong UMNO rata-rata teruja dengan keputusan itu dan turut sama mendesak supaya PRU disegerakan.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini mahukan Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15) disegerakan demi memulihkan kestabilan politik negara yang terjejas sejak 2020, susulan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun parti lawan seperti PH dan Perikatan Nasional (PN) tidak mahu PRU diadakan lebih awal, khususnya semasa negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19.

Malah PH menawarkan untuk melanjutkan memorandum persefahaman (MoU) kerjasama dengan kerajaan pimpinan Ismail Sabri dengan syarat PRU15 tidak diawalkan. - Getaran, 12 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad