web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Post Mortem Segera Untuk Kaji Silap, Kekurangan - Aminolhuda

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 1:24AM

Aminolhuda Hassan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Pakatan Harapan (PH) akan melakukan 'post mortem' dalam kadar segera bagi memastikan kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diperbaiki.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, langkah itu bagi membolehkan mereka kembali bangkit dengan segera dan seterusnya bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 akan datang.

Beliau berkata, persiapan perlu dilakukan segera memandangkan UMNO-Barisan Nasional (BN) dilihat terlalu ghairah untuk mengadakan PRU-15 secepat mungkin.

"Sudah tentu, PH pernah menjadi kerajaan dan sudah biasa juga dengan peranan sebagai pembangkang. Jadi, kami tidak putus asa. Kami akan terus berpegang kepada semangat setia kawan dalam usaha mengorak langkah mendapatkan kembali mandar rakyat. 

“Kami akan teruskan usaha sebagai suara rakyat yang lantang membela bangsa Johor dengan memainkan peranan semak dan imbang," katanya ketika sidang media PH di Pusat Operasi PH dekat Senai di sini, malam tadi.

Turut serta dalam sidang media yang diadakan sempena keputusan PRN Johor adalah Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Mohamad Sabu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Jawatankuasa Pusat AMANAH, Ahmad Termizi Ramli melihat carta penjumlahan undi yang dipaparkan di Pusat Operasi PH di sebuah hotel di Senai hari ini. - Gambar Bernama
Mohamad Sabu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Jawatankuasa Pusat AMANAH, Ahmad Termizi Ramli melihat carta penjumlahan undi yang dipaparkan di Pusat Operasi PH di sebuah hotel di Senai hari ini. - Gambar Bernama

Hadir sama ketika pertemuan pada malam kemuncak PRN Johor adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Sahalahuddin Ayub dan Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar.

PRN Johor menyaksikan PH bersama rakan sekutunya, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memperoleh kemenangan bagi 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 57 calon yang dipertaruhkan.

DAP memenangi 10 kerusi, manakala PKR, AMANAH dan MUDA masing-masing dengan satu kerusi.

Aminolhuda yang juga Pengerusi AMANAH Johor berkata, keputusan dicapai PH bersama MUDA itu bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan.

"Namun kita perlu akui bahawa dengan situasi semasa, ia adalah keputusan yang boleh diterima walaupun perlu diperbaiki pada masa depan," jelasnya yang turut tewas  di kerusi DUN Parit Yaani disandangnya sebelum ini.

Ditanya adakah perbalahan dalam pembahagian kerusi antara PKR dan MUDA di DUN Larkin menjadi faktor kepada kekalahan PH, Aminolhuda berkata, yang lepas biarlah berlalu.

Beliau juga memberi respon yang sama apabila ditanya adakah soal penggunaan bendera yang tidak dicapai secara sepakat menjadi penyebab ramai pengundi berpaling daripada PH.

Aminolhuda berkata, PH sendiri tidak menjangka dengan keputusan diperoleh gabungan berkenaan pada PRN Johor itu.

Pada masa sama, bekas Exco Johor itu berkata, BN perlu memberikan khidmat sama seperti yang ditawarkan mereka dalam PRN Johor. - Getaran, 12 Mac 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad