web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Seronok Sangat, Anda Menang Kerana Peratusan Keluar Mengundi Rendah - Mukhriz

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 11:48PM

Mukhriz Mahathir - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak terlalu seronok dan bermegah dengan kejayaan mengungguli Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa, kemenangan itu tidak lain kerana disebabkan peratusan keluar mengundi yang amat rendah.

Menurut beliau, kurang daripada 60 peratus rakyat Johor menunaikan tanggungjawab tersebut hari ini, dan bukan semua pengundi berkenaan memangkah calon BN.

“PEJUANG merasakan tak perlulah BN terlalu berbangga dengan kemenangan ini. Walaupun kami gagal memenangi sebarang kerusi, PEJUANG akan terus memainkan peranan semak dan imbang di negeri ini,” katanya dalam sidang media di Johor malam ini.

Keputusan tidak rasmi memperlihatkan PEJUANG tewas di kesemua 42 kerusi ditandingi dan berkemungkinan besar turut berdepan kehilangan deposit di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Mukhriz berkata, parti tersebut akan memusatkan fokus kepada Pilihan Raya Umum (PRU) bermula esok.

Kekalahan PEJUANG jelasnya lagi, diyakini berpunca daripada kekurangan masa untuk mempromosikan parti berkenaan secara lebih agresif dalam kalangan pengundi setempat.

Katanya, PEJUANG hanya didaftarkan secara rasmi bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) kurang dari tujuh bulan lalu, dan logo mereka belum cukup dikenali oleh pengundi.

“Bertanding di 42 kerusi DUN bukan kesilapan tapi mungkin kita tidak membuat persediaan yang cukup untuk mempromosikan parti dan menerangkan hala tuju perjuangan.

“Kita juga tidak mempunyai waktu untuk memperkenalkan semua calon dengan lebih menyeluruh. Saya perlu akui, lawan kita lebih bersedia,” katanya. - The Vibes, 12 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad