web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mengundi Bawa Virus COVID-19, Wanita Dikompaun RM1,000

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 3:14PM

Seorang wanita yang masih menjalani kuarantin akibat positif COVID-19 dikenakan kompaun RM1,000 kerana hadir untuk mengundi di Dewan Kampung Melayu, Johor Bahru, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Gara-gara tidak mahu ketinggalan membuang undi, seorang pengundi wanita yang masih menjalani kuarantin akibat positif COVID-19 dikenakan kompaun RM1,000 kerana tetap hadir ke pusat mengundi di Dewan Kampung Melayu di sini, hari ini. 

Wanita berusia 30-an yang mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin itu dikesan apabila Inspektor Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru membuat pemeriksaan terhadap aplikasi Mysejahtera miliknya yang menunjukkan warna merah.

Dia mendakwa tidak tahu mengenai peraturan yang melarang individu positif COVID-19 hadir untuk mengundi ketika masih menjalani kuarantin.

Katanya, berlaku salah faham selepas orang terdekat memberitahu dia masih boleh mengundi walaupun masih dalam tempoh kuarantin.

Inspektor Kesihatan, Mohd Azrul menjelaskan kepada wanita itu bahawa semua individu yang positif tidak boleh keluar mengundi untuk menunaikan hak dan tanggungjawab berkenaan.

Jelasnya, mana-mana individu yang positif COVID-19 wajib menjalani kuarantin dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. 

"Sebagai individu yang didapati positif, awak tidak boleh keluar rumah langsung apatah lagi untuk keluar mengundi melainkan rumah terletak dalam pusat mengundi.

"Kami menawarkan kompaun sejumlah RM1,000 dan awak perlu hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dalam tempoh masa 14 hari," katanya ketika menerangkan situasi itu kepada ibu wanita terbabit.  

Inspektor Kesihatan itu mengarahkan wanita terbabit segera pulang ke rumah selepas mengeluarkan kompaun terbabit.

Wanita berkenaan yang hadir bersama ibunya ke pusat mengundi itu terus pulang ke rumah seorang diri tidak lama kemudian. - Getaran, 12 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad