web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Johor: Warga Johor Di Singapura Pulang Untuk Mengundi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 8:40PM

Penumpang yang pulang dari Singapura tiba di platform Khas ‘Vaccinated Travel Lane (VTL)’ bagi menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN Johor esok, ketika tinjauan di Larkin Sentral hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok, platform bas Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) di Larkin Sentral di sini dipenuhi penumpang yang pulang ke tanah air dari Singapura antaranya mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Muhammad Hazeq Amir Aziz, 26, yang bekerja sebagai penghantar surat di republik jiran itu adalah antara mereka yang pulang untuk mengundi dan pada masa yang sama melepaskan rindunya terhadap tanah air tercinta dan keluarganya di Mersing.

“Saya dah dua tahun berada di Singapura dan rasa bertuah sebab dapat tiket untuk balik ke Malaysia hari ini, agak susah nak dapat tiket sebenarnya,

“Niat saya memang balik untuk mengundi dan guna kesempatan ini nak jumpa keluarga yang telah dua tahun saya tidak jumpa. Memang dah menjadi tanggungjawab kita untuk mengundi, saya teruja untuk mengundi buat pertama kali,” katanya kepada Bernama di Larkin Sentral hari ini.

Lee Chen Seng, 36, turut menggunakan kesempatan pulang mengundi pada PRN Johor kali ini untuk bersatu semula dengan keluarganya setelah dua tahun tidak dapat pulang akibat penutupan sempadan negara.

“Mengundi itu memang tanggungjawab kita, semua orang perlu keluar mengundi. Saya pulang kerana bagi saya setiap undian itu penting,” katanya yang bekerja sebagai pengurus kilang di Singapura.

Muhammad Hazeq Amir dan Lee sependapat bahawa perjalanan mereka merentasi Tambak Johor berjalan lancar dan proses yang ditetapkan melalui VTL adalah mudah.

Malaysia dan Singapura melancarkan VTL-Darat pada 29 November 2021 bertujuan melancarkan pergerakan merentas sempadan tanpa kuarantin yang mengintegrasikan protokol kesihatan, keselamatan dan kelulusan imigresen bertujuan membantu mereka yang terpisah daripada orang tersayang akibat pandemik untuk kembali ke Malaysia.

Esok adalah hari pengundian bagi PRN Johor. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad