web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKR Johor Mahu Bawa Pulang Pengundi Luar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 8:17PM

Syed Ibrahim Syed Noh (tengah) pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Johor Bahru, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor akan berusaha membawa pulang pengundi tempatan di luar negeri itu supaya mereka boleh mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Usaha itu dilihat penting memandangkan golongan terbabit antara penyumbang besar kepada kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, malah mampu meningkatkan peluang parti itu memenangi PRN Johor.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, segala persediaan membawa pulang pengundi dari luar negeri itu sudah berada di fasa akhir.

Katanya, ia termasuk membabitkan anak Johor yang tidak dapat pulang mengundi susulan menuntut ilmu di luar negeri berkenaan.

“Secara umumnya, kita ada perancangan untuk membawa pulang seramai mungkin pengundi yang menetap di luar Johor, tetapi memerlukan kerjasama pelbagai pihak.

“Faktor pengundi luar ini penting kerana mereka antara penentu kemenangan kita dalam PRU14 yang dikatakan sebagai pengundi atas pagar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin di sini, hari ini.

Syed Ibrahim berkata, antara usaha dirangka itu, termasuk melancarkan pergerakan keluar rakyat Johor di Singapura sebelum Sabtu ini.

“Saya sedar jika mereka mahu pulang mengundi, mereka perlu membayar sejumlah wang untuk balik, tetapi mereka juga perlu tahu PRN ini hanya sekali dalam tempoh lima tahun.

“Jadi masih ada masa untuk mereka berbuat demikian dan pulang ke Johor. Saya berharap mereka dapat beri komitmen agar kita dapat memperoleh semula mandat rakyat seperti pada PRU lalu,” katanya.

Pada masa sama, Syed Ibrahim turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar memberikan penjelasan berhubung isu peratusan pendaftaran rendah membabitkan pengundi pos. 

Jelasnya, ia berikutan hanya 0.04 peratus daripada 200,000 keseluruhan pengundi yang layak melaksanakan tanggungjawab itu secara pos mendaftarkan diri menerusi sistem dalam talian disediakan SPR. – Getaran, 9 Mac 2022
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad