web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Proses Pengundian Awal Lancar, Berakhir 5 Petang

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 6:21PM

Beg mengandungi kertas undi bagi proses pengundian awal PRN Johor, dibawa keluar dari Balai Polis Larkin. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 berakhir 5 petang ini.

Bagaimanapun, terdapat pusat mengundi awal yang telah ditutup pada 12 tengah hari dan 2 petang.

Sebanyak 63 pusat mengundi dibuka bagi proses pengundian awal yang bermula 8 pagi tadi.

Lebih 22,000 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing layak mengundi hari ini.

Meskipun hujan pada sebelah pagi, ia tidak menghalang anggota keselamatan dan pasangan mereka keluar menunaikan tanggungjawab, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi sebanyak 81 peratus setakat 3 petang tadi. 

Proses membawa keluar beg berisi kertas undi bagi pengundian awal dikawal ketat anggota polis. - Gambar Azim Abd Rahman
Proses membawa keluar beg berisi kertas undi bagi pengundian awal dikawal ketat anggota polis. - Gambar Azim Abd Rahman

Menurut PDRM dalam satu kenyataan proses pengundian awal berkenaan berjalan dengan lancar dan aman.

Antara yang mengundi hari ini ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman yang juga bekas Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini.

Selain kemudahan di IPK Johor, 10 Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negeri serta beberapa pejabat kerajaan turut dijadikan pusat mengundi.

Anggota tentera turut melaksanakan undi awal antaranya di Kem Mahkota, Kluang; Kem Tebrau, Ulu Tiram; Kem Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Batu Pahat dan Kem Rejimen Keempat Artileri Diraja (4RAD), Segamat.

Seramai 239 calon bertanding merebut 56 kerusi DUN pada PRN kali ini.

Hari pengundian PRN Johor ditetapkan Sabtu ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad