web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Siasat Video Ahli Parti Politik Gaduh Mulut

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 6:03PM

Tular di media sosial pertengkaran mulut melibatkan beberapa individu terdiri daripada ahli politik berbeza di media sosial. - Gambar tangkap layar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis sedang menjalankan siasatan teliti berhubung pertengkaran mulut melibatkan beberapa individu, terdiri daripada ahli parti politik berbeza yang tular di media sosial, sejak semalam. 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner (ACP) Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati perbalahan tersebut berpunca daripada pemasangan bendera parti di satu lokasi pintu masuk perkampungan, dipercayai di daerah Iskandar Puteri.

Bagaimanapun beliau memberitahu, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berkaitan insiden terbabit daripada mana-mana pihak.

"Namun begitu, siasatan telah pun pihak polis mula jalankan berhubung kejadian yang berlaku di kawasan tersebut. 

"Pihak polis juga menyeru individu ataupun saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil membuat laporan bagi siasatan lanjut,”katanya, hari ini. 

Dalam pada itu, Dzulkhairi menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi menggunakan video dalam insiden tersebut.

"Pihak polis juga ingin menasihatkan semua individu ataupun ahli parti yang terlibat dalam semua gerak kerja parti supaya mengawal tingkah laku dan emosi sepanjang perjalanan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. 

"Ini perlu dilakukan agar tidak berlaku sebarang kekecohan ataupun insiden yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam," katanya. 

Terdahulu, tular video di Facebook memaparkan pertengkaran membabitkan beberapa individu, dipercayai penduduk kampung berkenaan.

Walaupun berkali-kali individu yang berada dalam kereta menegaskan tidak memacak bendera di dalam kampung, namun penduduk bertegas dia sudah ‘melanggar' kawasan tersebut. 

Video yang berdurasi kira-kira dua minit itu menerima kecaman daripada netizen yang pelik dan malu dengan pergaduhan sesama umat Islam, hanya disebabkan berbeza pandangan parti politik. 

"Allahu, rumah kata pergi, kubur kata mari dah ke semuanya. Sama-samalah kita muhasabah diri tu. Berbaloikah kalau di saat itu kita mati atas asbab bergaduh pasal bendera parti," soal Abdullah Tengku. 

"Tak tahu nak cakap apa dah. Pasal politik rakyat jadi magsa ,menteri-menteri yang bertanding seronok di rumah, rakyat tak berapa cerdik itu gaduh sesama sendiri, fikir-fikirkan sendirilah," luah Nur Ija.

"Hanya kerana bendera parti, akhirnya kita sesama bangsa bertengkar. Siapa yang mencipta ini semua, orang politik kan... Siapa nak betulkan keadaan ini. Generasi Z fikir-fikirkan lah. 

"Tuan-tuan guru yang di dalam politik renungkanlah yang pernah ulamak berpesan bila berpolitik, jangan ada perbalahan. Agama rasmi dijaga, agama lain dihormati di samping bangsa dijunjung dengan kasih sayang. Itulah perjuangan hakiki," kata Yuszaimy Amy di Facebook. - Getaran, 7 Mac 2022.

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 17 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish