web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guan Eng Dicabar Buktikan Kejantanan Berpolitik

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 9:42PM

Wee Ka Siong (kanan) pada sidang media selepas merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheah Fah di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dicabar menunjukkan ‘kejantanan’ dalam berpolitik dengan menerima cabaran debat mengenai dakwaan dibuatnya terhadap MCA berhubung isu sekolah pendidikan Cina.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata sehingga kini Ahli Parlimen Bagan itu masih belum memberi jawapan mengenai cabaran debat yang dicadang diadakan pada Ahad ini.

Katanya, beliau hanya mahu membuktikan segala dakwaan Guan Eng kononnya MCA tidak membantu dalam urusan pendidikan sekolah Cina adalah tidak benar dan berharap pemimpin utama DAP itu tidak melarikan diri.

“Jangan bermulut celupar, cakap-cakap tak payah bayar modal, lepas itu lari pergi mana? Orang lain pula ganti.

“Saya beritahu, tidak mengapa jika mahu Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai) duduk di belakang bantu dia, tetapi dia sebagai anak jantan kena datanglah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheah Fah di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden MCA yang juga Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Ka Siong turut mempersoalkan sama ada Guan Eng sedia mengundurkan diri daripada arena politik jika gagal membuktikan tuduhan terbabit.

“Dia sudah melemparkan bermacam dakwaan mengarut, biar saya ajar dia sekali. Saya nak ‘telanjangkan’ dia sebab apa dia cakap, ini semua mengarut,” katanya.

Menteri Pengangkutan itu juga secara sinis menyatakan bahawa acara debat terbabit boleh diadakan sekitar 20 minit sahaja jika Guan Eng terlalu sibuk dan tidak dapat meluangkan masa selama satu jam.

Dalam pada itu, Ka Siong menafikan dakwaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang mendakwa MCA mengganggu kempen DAP di Yong Peng pada 26 Februari lalu, sehingga menyebabkan mereka terpaksa mengadakan program melebihi masa peraturan ceramah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau menjelaskan, acara dihadirinya itu adalah atas jemputan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selaku wakil rakyat dan bukan membabitkan program MCA.

“Apabila sudah buat kenyataan mengugut anggota polis kerana kesalahan dilakukan sendiri, jangan pula tuduh saya dan MCA sebagai punca,” katanya. – Getaran, 4 Mac 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 16 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad