web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPR Benar Ceramah Di Luar Bilik Gerakan, MUDA Sambut Baik

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 6:05PM

Penyokong Pakatan Harapan hadir mendengar Ceramah Mega Pakatan Harapan ketika tempoh kempen Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 di Bilik Operasi Utama Pakatan Harapan DUN N49 Kota Iskandar. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Selepas kecewa dan mendakwa menerima layanan dua darjat, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyambut baik langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminda prosedur operasi standard (SOP) berhubung kebenaran ruang dan jumlah peserta ceramah bagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

SOP baharu itu menyaksikan SPR membenarkan calon dan parti politik mengadakan ceramah di dalam serta pekarangan pejabat dan bilik gerakan dengan maksimum 100 orang, berbanding larangan sebelum ini.

Kebenaran itu juga membabitkan 50 peratus kapasiti atau yang mana jumlah lebih rendah sebelum jam 12 tengah malam.

Pengerusi MUDA Johor, Mohd Azrol Ab Rahani yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai berkata, meskipun parti itu sememangnya kecewa apabila ceramah diadakan dengan permit sah kelmarin dihalang daripada diteruskan, pihaknya melahirkan terima kasih dan penghargaan atas pindaan SOP terbabit.

“Pindaan itu disambut baik MUDA yang sebelum ini pernah diserbu pihak polis, petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPK) serta diarah memberhentikan ceramah diadakan di pekarangan bilik gerakan dengan alasan ia dikira sebagai luar premis.

“Alasan pihak berkuasa memberhentikan ceramah MUDA itu adalah berkaitan lokasi ceramah terbuka yang dikatakan di luar bangunan premis, selain didakwa melanggar SOP PRN Johor,” katanya ketika program di bilik gerakan Muda DUN Bukit Permai di sini.

Sebelum ini, Mohd Azrol melahirkan kekecewaan apabila parti baharu itu didakwa menerima layanan dua darjat sejak hari pertama kempen PRN Johor.

Beliau berkata, walaupun SOP tidak menyatakan calon tidak boleh mengadakan ceramah di sekitar pekarangan bilik gerakan, pihak berkuasa tetap bertegas supaya mereka melaksanakan ceramah hanya di bilik gerakan.

“Bilik gerakan kami tak sesuai adakan ceramah kerana terlalu kecil untuk memuatkan 100 orang, sebab itu kami putuskan mengadakannya di sekitar bilik gerakan. Kami patuhi segala SOP dan sudah mendapatkan permit, tetapi dihalang berulang kali.

“Yang hairannya, mereka (penguatkuasa) sudah berada di kawasan berhampiran sejak jam 7 malam, jadi kenapa tidak tegur kami sejak awal ketika sedang melakukan persiapan ceramah itu,” soalnya.

Jelas Mohd Azrol, ia bukan kejadian pertama pihaknya diganggu, malah pernah dikenakan kompaun RM1,000 kerana melagakan penumbuk (fist bump) antara ahli parti sewaktu hari penamaan calon. 

Menurutnya, MUDA bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan mengambil langkah segera untuk menggerakkan sukarelawan parti itu di kawasan luar bangunan bagi memastikan pematuhan SOP dilaksanakan. 

Lebih mengecewakan, katanya, mengapa MUDA dilayan sedemikian, sedangkan layanan terhadap parti politik seteru, seperti Barisan Nasional (BN) berlainan apabila boleh mengadakan kempen berskala besar.

“Ini contoh kejadian di FELDA Taib Andak, dekat sini, Isnin lalu apabila BN mengadakan ceramah di luar bilik gerakan mereka dan melebihi masa ditetapkan, gambar dirakam menunjukkan jam 10.30 malam.

“Semua sedia maklum SOP berkempen hanya sehingga 10 malam (ketika itu), ini bermakna mereka bukan sahaja langgar SOP lebih masa, malah mengadakan ceramah di luar bilik gerakan mereka. Jadi, persoalannya, kenapa kami (MUDA) diberi layanan dua darjat sejak hari pertama,” ajunya. 

Mengulas lanjut, Mohd Azrol berkata, biarpun pelbagai dugaan menimpa, namun ia tidak mematahkan sedikit pun semangat MUDA untuk meneruskan perjuangan membawa politik baharu pada PRN Johor ini. 

“Walaupun sering diganggu yang menjejaskan kelancaran kempen kami, MUDA tetap tak putus asa dan berharap pihak berkuasa bekerjasama dengan memberi kelonggaran dan pelepasan untuk rakan parti ini di DUN Bukit Permai berkempen.

“Kami ada beberapa siri ceramah lagi, termasuk ceramah mega bersama Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Kami akan teruskan dengan mematuhi SO ditetapkan dan jika ada gangguan lagi, saya pun dah tak tahu nak kata apa,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mengatur semula jadual ceramah yang akan berlangsung setiap malam ke lokasi lebih sesuai seperti diminta pihak berkuasa.

Terdahulu, pada hari penamaan calon 26 Februari lalu, Mohd Azrol dikenakan kompaun RM1,000 oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kulai mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Kesalahan tertera di kompaun itu adalah individu gagal membuat penjarakan fizikal dan sentuhan tangan (fist bump) antara calon dan penyokong di luar Pusat Penamaan Calon DUN Bukit Permai, Dewan Raya Bandar Putra Kulai. – Getaran, 3 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad