web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Basmi Kemiskinan, Pengangguran, Fokus Utama Calon WARISAN DUN Permas 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 8:27AM

Mohamed Ridza (kanan) bertemu salah seorang penduduk Flat Taman Cendana dalam sesi kempennya bagi kerusi DUN Permas, Johor Bahru.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Isu kemiskinan dan pengangguran antara yang akan diberi tumpuan oleh calon Parti Warisan (WARISAN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas, Mohamed Ridza Busu.

Bekas peguam berusia 54 tahun itu berkata, isu kemiskinan sebenarnya dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat, namun hanya sebahagian sahaja yang diketahui umum.

Bagi beliau, pengalaman sebagai penggerak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ihsan Johor, banyak membantunya mendapatkan data dan statistik berhubung tahap kemiskinan penduduk di kawasan berkenaan.

"Sebagai penggerak NGO, saya tahu tentang data dan statistik khususnya statistik kemiskinan di DUN Permas ini.
Perbezaan antara yang kaya dan miskin itu jurangnya amat jauh. Ramai penduduk yang di bawah tahap kemiskinan, ramai yang tidak berpendapat tetap, ramai yang tidak bekerja dan ada yang sedang mencari kerja.

"lni sebahagian apa yang kita nampak, rupanya ramai lagi yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tiga keluarga asnaf di Flat Taman Cendana, Pasir Gudang di sini.

Menurut Mohamed Ridza, beliau mahu memastikan penduduk di kawasan DUN Permas mempunyai pekerjaan serta pendapatan tetap, sekali gus mengurangkan jurang yang ketara antara rakyat miskin dan kaya di kawasan berkenaan. 

Beliau yang kini seorang ahli perniagaan pertama kali bertanding dalam pilihan raya mewakili WARISAN, selepas parti itu membuat keputusan untuk melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia, dengan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketika ditanya mengenai persaingan lima penjuru bagi DUN Permas, Mohamed Ridza berkata perkara itu dijadikan sebagai satu dorongan dan kelebihan kepada beliau serta parti.

Katanya, kehadiran WARISAN dalam PRN Johor ini juga antara lain membawa hasrat parti untuk menjadi pembangkang yang baik atau berkualiti, serta penentu semak dan imbang kepada mana-mana kerajaan yang terbentuk nanti.

"Sebenarnya pada saya, walaupun lima penjuru dan kami baharu, saya nampak itu sebagai satu dorongan dan juga sebagai satu kelebihan pada kami.

"Kami parti yang baharu, jadi kami bersih, kami datang dengan bendera putih, kami juga putih, kami tiada krisis, kami tiada kes lepas dari segi parti atau pada pentadbiran yang lama," katanya.

Pada masa sama, Mohamed Ridza terharu apabila diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti untuk menjadi calon pada PRN Johor.

Walaupun merasakan ia agak mencabar berikutan dirinya tidak pernah bergelumang dalam arena politik sebelum ini, namun Mohamed Ridza melihatnya sebagai satu cabaran.

Di DUN Permas, Mohamed Ridza akan bertembung Mahaya Ahad (PEJUANG), Baharudin Mohamed Taib (BN), Tazul Arifin Nasri (PN-BERSATU) dan Syed Othman Abdullah (PH-AMANAH). - Getaran, 3 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran