web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saingan 7 Penjuru, Calon Tunggal Wanita DUN Kempas Tak Rasa Terancam

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 6:44PM

Napsiah memulakan kempen dengan bertemu penduduk di Kempas, sebaik proses penamaan calon berakhir. - Gambar dari Facebook Napsiah Khamis Maharan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Napsiah Khamis Maharan tidak berasa ‘terancam’ walaupun menjadi calon tunggal wanita dalam pertembungan tujuh penjuru.

Beliau berkata, walaupun menjadi satu-satunya calon wanita di DUN berkenaan, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukanlah perseteruan mengenai jantina sebaliknya berpaksikan kekuatan seseorang calon.

Nafsiah yang juga Ketua Wanita PKR Johor, berkata, beliau tetap yakin dapat mendominasi kerusi panas terbabit yang pernah disandang bekas Menteri Besar Johor, Allahyarham Datuk Osman Sapian.

“Walaupun penyandang kerusi Kempas sebelum ini adalah ahli BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) namun harus diingat bahawa mereka menang dengan menggunakan lambang PKR.

“Ia adalah sesuatu yang signifikan untuk kami kerana pastinya pengundi kawasan ini sudah biasa dengan lambang PKR. Sedikit sebanyak itu memberi kelebihan kepada kami pada PRN (Pilihan Raya Negeri) kali ini,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Menurut Nafsiah, fokus utamanya pada PRN terbabit adalah untuk menarik sokongan golongan muda terutamanya pengundi berusia 18 tahun yang pertama kali akan menentukan nasib negeri berkenaan.

“Seperti yang kita maklum, PRN kali ini masih mengekalkan SOP (prosedur operasi standard) yang agak ketat, namun kita sudah merangka beberapa strategi untuk mendekati golongan terbabit terutamanya dengan penggunaan media sosial.

“Jika kita berjaya mendapatkan minat mereka, sudah pasti apa yang disampaikan itu akan dikongsi kepada ibu bapa sekali gus menarik perhatian golongan sasaran menyokong kami,” katanya.

DUN Kempas menyaksikan persaingan tujuh penjuru, termasuk penyertaan tiga calon Bebas.

Selain Nafsiah, calon yang bertanding adalah Nornekman Osman daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), yang juga anak sulung kepada penyandang kerusi DUN Kempas dan bekas Menteri Besar Johor, Allahyarham Datuk Osman Sapian.

Turut bertanding di Kempas ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Ramlee Bohani (BN), manakala Perikatan Nasional (PN) pula meletakkan Nur Faizal Abdullah dari BERSATU sebagai calonnya, selain tiga calon bebas, Mohd Azwan Abd Rahman, Hambali Munadi dan Mohd Suhimi A Rahman. - Getaran, 26 Februari 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran