web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Petugas Media Dikenakan Kompaun Perlu Memohon Rayuan, Kata Isham Jalil

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 6:36PM

Isham

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang petugas media yang dikenakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sebanyak RM1,000 ketika membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor digesa membuat rayuan.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, wartawan akhbar Mandarin itu didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Dalam penstriman langsung di Facebook, beliau menganggap kompaun dikenakan itu agak berat untuk dijelaskan, memandangkan wartawan terbabit sedang bertugas.

“Saya ada terbaca isu wartawan dikompaun kerana melanggar SOP KKM. Saya nak ulas lebih, tetapi ia bukan di bawah bidang kuasa saya dan fakta tersebut tidak jelas.

“Cuma pada pendapat saya kalau kena RM1,000 agak berat juga bagi petugas media yang bekerja di lapangan,” ujarnya.

Isham berkata, beliau enggan memihak kepada sesiapa kerana faham dengan tugas media, khususnya ketika mendapatkan maklumat.

“Saya  juga faham media ini kadang-kadang bukan tidak mahu jaga penjarakan sosial tetapi dalam masa sama, kita juga perlu tahu bahawa KKM hanya menjalankan tugas.

“Saya yakin, saman tersebut boleh dikurangkan sekiranya wartawan itu membuat rayuan serta meminta ia dipertimbangkan,” ujarnya.

Wartawan berkenaan, Wan Kiang Yong, 42, dikenakan kompaun RM1,000 ketika membuat liputan pada Hari Penamaan Calon PRN Johor bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin di Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru di sini, pagi tadi.

Difahamkan, kompaun berkenaan dikenakan kepada wartawan itu ketika sedang menemuramah seorang calon Bebas yang baru tiba di kawasan itu.

Seorang lagi petugas media daripada Malaysia Gazette, Khairulanuar Yahaya, 47  bagaimanapun hanya dikenakan amaran. - Getaran, 26 Februari 2022.

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 6 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad