web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Calon DAP DUN Skudai Sempat Buat Siaran Langsung

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 11:54AM

Marina bersama bekas ADUN Skudai, Tan Hong Pin. - Gambar dari Facebook Marina Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim sempat membuat sesi siaran langsung menerusi Facebook sebelum penamaan calon di perkarangan Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Johor Bahru, hari ini.

Pencalonan Marina di Skudai turut mendapat sokongan bekas ADUN Skudai iaitu Tan Hong Pin yang dilihat turut hadir sebaik proses pencalonan selesai.

Marina berkata, beliau berharap perjalanan kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini berjalan lancar, sekali gus memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH), seperti dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Beliau juga berharap, pengundi berusia 18 tahun mengambil peluang kali ini untuk keluar menjalankan tanggungjawab tersebut pada hari ditetapkan.

“Kepada anda yang berusia 18 tahun, jangan lupa semak undi dan daftar pemilih serta keluar mengundi, itu adalah perkara yang paling penting.

“Di mana sekali pun kawasan di Johor ini, pastikan anda keluar mengundi dan satu undi itu sangat berharga serta penting untuk melakukan perubahan,” katanya pada sesi siaran langsung berkenaan.

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. 大家好。 Pagi tadi, saya telah menyerahkan borang penamaan calon di Dewan Majlis...

Posted by Marina Ibrahim on Friday, February 25, 2022

Marina berdepan cabaran daripada calon Barisan Nasional (BN) Lim Soon Hai dan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Khoo Kong Ek, mewakili BERSATU.

Sementara itu, kehadiran Hong Ping untuk memberi sokongan kepada Marina, menutup desas desus yang mengatakan bekas ADUN berkenaan akan bertanding di kawasan terbabit sebagai calon Bebas.

Khabar angin tersebut mula timbul apabila Hong Ping yang juga bekas Setiausaha DAP Johor dikatakan tidak berpuas hati apabila namanya digugurkan daripada senarai calon DAP.

Bagaimanapun, difahamkan perselisihan itu sudah selesai apabila Hong Ping dikatakan akan dicalonkan bagi bertanding di peringkat Parlimen pada PRU ke 15 kelak. - Getaran, 26 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Digelar Jahil Dan Ahli Neraka, Ifa Raziah Buat Siaran Langsung Solat Di IG

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

3

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

4

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar