web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amira Aisya Gemuruh, Harap Yang Terbaik

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 10:47AM

Amira Aisya ketika tiba di PPC di Dewan Raya Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram, pagi tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agak gemuruh, itu perasaan calon MUDA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz sebaik tiba di pusat penamaan calon (PPC) di Dewan Raya Taman Pelangi Indah dekat Ulu Tiram, Johor Bahru.

Amira Aisya tiba di pusat penamaan tersebut pada jam 8.05 pagi, mendahului calon lain.

Setiausaha Agung MUDA itu yang berbaju kurung hitam putih ditemani seorang penyokong dan pencadang sebelum memasuki dewan utama bagi proses penghantaran borang calon.

“Saya rasa agak gemuruh. Ini kali pertama MUDA bertanding. Insya-Allah doakan segalanya dipermudahkan.

“Saya juga teruja untuk MUDA dan penamaan calon ini,” katanya menerusi satu video yang dikongsi di Twitternya.

Terdahulu, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sewaktu mengumumkan Amira Aisya sebagai calon sulungnya, menyifatkan wanita itu sebagai individu sebenar yang menjadi tulang belakang dan penggerak parti tersebut.

Katanya, Amira Aisya merupakan individu yang tidak mahu menyertai parti berteraskan kaum semata-mata.

Menurut Syed Saddiq, Amira Aisya mempercayai konsep kepelbagaian yang meraikan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, dan latar belakang.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kerusi DUN Puteri Wangsa dimenangi calon Pakatan Harapan daripada BERSATU, Mazlan Buang, dengan majoriti 24,959 dalam pertandingan lima penjuru.

Bagaimanapun, Mazlan yang juga bekas Pengerusi BERSATU Johor, mengumumkan pengunduran daripada parti berkenaan 27 Januari lalu.

Katanya keputusan itu dilakukan atas alasan tidak lagi percaya kepada kepimpinan Presiden BERSATU yang juga bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Getaran, 26 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Pre Wedding Photoshoot’ Ke? Penampilan Syed Saddiq Untuk Majalah Mewah Dipertikai 

4

Politik 2 tahun yang lalu

MUDA Tak Pernah Mohon Sertai PN – Amir Hadi 

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad