web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PKR, MUDA Perlu Cari Formula Selesai Kemelut Pertindihan Kerusi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 8:32PM

Khalid Abd Samad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) diminta terus berunding untuk mencari penyelesaian dan formula terbaik, berhubung isu pertindihan kerusi dua parti terbabit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengarah Biro Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abd Samad berkata, amat malang seandainya berlaku pertindihan kerusi berkenaan kerana Pakatan Harapan (PH) sudah membentuk kerjasama dengan MUDA sejak awal.

Katanya, situasi itu hanya akan menguntungkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang mempertaruhkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) sama.

“Namun, AMANAH terpaksa membuat pendirian untuk menghadapi kemungkinan ini. Bagi AMANAH, PKR adalah rakan gabungan, oleh itu di mana berlakunya pertindihan antara PKR dan MUDA di kerusi diberikan kepada PKR, AMANAH akan menyokong calon PKR. 

“Pada masa sama, di kerusi yang AMANAH serahkan pada MUDA, parti itu (MUDA) hendaklah dianggap mewakili AMANAH dan semua rakan gabungan PH, termasuk PKR, hendaklah menyokong calon MUDA,” katanya menerusi kenyataan.

Khalid berkata, sekiranya pertindihan tidak dapat dielak di DUN tertentu, biarlah keadaan itu dan persaingan antara parti pembangkang dihadkan kepada kerusi tersebut sahaja, sambil semangat kerjasama antara pembangkang kekal dipertahankan.

Jelasnya, ia demi menyokong matlamat untuk menafikan kemenangan BN dan menghalang pemimpin parti itu yang mendukung kluster mahkamah serta kleptokrat kembali memimpin.

Beliau berkata, pada awalnya, AMANAH, PKR dan DAP mengagihkan kesemua 56 kerusi DUN Johor di antara tiga parti komponen PH dengan AMANAH dan PKR masing-masing diberikan 20 kerusi, manakala DAP 16 kerusi. 

“Dalam usaha mencapai serta melebarkan kesatuan pembangkang untuk menghadapi BN dan PN dalam PRN Johor, kami bersetuju setiap parti boleh berunding dengan parti pembangkang lain mengenai kerusi yang diberikan kepada kami.

“Hasil rundingan bersama MUDA, AMANAH menyerahkan empat daripada 20 kerusinya kepada MUDA dan DAP memberikan dua daripada 16 kerusi diperoleh. Malangnya rundingan PKR dan MUDA tidak berjaya mencapai kata sepakat,” katanya. - Getaran, 25 Februari 2022
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish