web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sentimen ‘Pengundi Jemu’ Dorong PBM Tambah 2 Calon Di PRN Johor

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 4:00PM

(Dari Kanan), Mohd Azmi, Steven Choong Shiau Yoon, Muhammad Saiful Baharu dan Muhammad Hanis Asmui bakal bertanding atas tiket PBM pada PRN Johor, bulan depan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Parti Bangsa Malaysia (PBM) memutuskan bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bulan depan berbanding cadangan awal untuk mempertaruhkan calonnya di dua kawasan.

Timbalan Presidennya, Haniza Mohd Talha berkata, keputusan meletakkan empat calon PBM itu dibuat selepas parti terbabit melihat sentimen pengundi di lapangan.

Katanya, hasil dapatan diperoleh mereka menunjukkan pengundi sudah jemu dengan parti lama yang sedia ada.

“PBM memutuskan pada awalnya untuk bertanding di dua kerusi PRN Johor, namun selepas perbincangan antara pimpinan parti dan tinjauan sentimen di lapangan serta kawasan, kita memutuskan untuk bertanding di empat kerusi.

“Kita sudah membuat tinjauan parti yang mungkin akan bertanding di kawasan ini dan juga sentimen pengundi terhadap parti baharu seperti PBM.

“Kita dengar pengundi sudah jemu dengan parti lama kerana mereka sudah tahu tindak-tanduk parti tersebut. Jadi mereka lihat, mungkin parti baharu adalah jawapan kepada perasaan jemu dan muak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman calon PBM untuk PRN Johor di Ulu Tiram di sini, hari ini.

Haniza (tengah) bersama empat calon PBM yang akan bertanding di PRN Johor, bulan depan.
Haniza (tengah) bersama empat calon PBM yang akan bertanding di PRN Johor, bulan depan.

PBM baharu dilancarkan pada 21 Disember 2021 dan PRN Johor adalah pilihan raya negeri pertama disertai parti itu.

Empat calon dipertaruhkan PBM terbabit terdiri daripada seorang Ahli Parlimen dan tiga muka baharu, termasuk dua individu muda.

Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon akan bertanding di kerusi DUN Puteri Wangsa, manakala Muhammad Hanis Asmui Md Salleh di DUN Maharani, Mohd Azmi Ali (DUN Tiram) dan Muhammad Saiful Bahri Sahari (DUN Stulang).

Menurut Haniza, calon PBM mempunyai pengalaman menyantuni penduduk Johor walaupun mereka bukan bergelar wakil rakyat sebelum ini.

Jelasnya, pengalaman Steven Choong sebagai Ahli Parlimen Tebrau pula dilihat sebagai kelebihan yang akan membantu dan menjadi penunjuk ajar kepada calon muka baharu parti berkenaan.

“Kita menawarkan calon yang walaupun mereka bukan wakil rakyat, mereka sudah bergerak di lapangan sebagai aktivis masyarakat menyantuni masyarakat.

“Kita berharap pengundi di Johor adalah pengundi bijak yang dapat menilai antara permata dan kaca serta memberi peluang kepada calon dari PBM,” katanya.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebelum ini meluluskan pertukaran nama dan perlembagaan PBM daripada parti asal, iaitu Parti Pekerja Sarawak (SWP).

PBM diketuai Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien. - Getaran, 24 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

PBM Selayang Sahkan Bubar Jawatankuasa Bahagian Sejak 15 Januari

2

Politik 3 tahun yang lalu

Ke Mana Hala Tuju Politik Zuraida Selepas Dipecat Daripada PBM?

3

Politik 3 tahun yang lalu

Nasib Zuraida Kini Di Tangan Jawatankuasa Disiplin PBM

4

Politik 3 tahun yang lalu

Berhenti Sahaja Daripada Politik: Larry Minta Zuraida, Sekutu Muhasabah Diri

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad