web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pilih PH Jika Mahu Ekonomi Johor Setanding Selangor, Pulau Pinang

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 9:08PM

Pemandangan Johor Bahru yang dirakamkan dari Singapura, pada November 2021. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor dilihat memiliki potensi ekonomi hebat dan mampu mencapai kejayaan seperti yang telah dikecapi oleh Selangor serta Pulau Pinang. 

Bagaimanapun, negeri terbabit tidak memiliki pemimpin yang bersih, telus dan kreatif dalam membangunkan ekonomi.

Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menegaskan, ekonomi Johor mampu bangkit jika rakyat mengubah kerajaan memerintah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Mac ini.

"Pulau Pinang dan Selangor ada pelabuhan, Johor pun ada. Pertanian dan insdustri kita ada, tenaga kerja kita pun ramai. Kedudukan pula strategik berjiran dengan negara yang termaju serta termoden di rantau ini, iaitu Singapura.

"Tetapi persoalannya setelah kita merdeka begitu lama mengapa Johor tidak setanding Selangor dan Pulau Pinang walaupun kita memiliki segala sumber. Puncanya satu, kepimpinan yang tidak layak, tidak cekap serta tak amanah," katanya, hari ini. 

Sekiranya PH diberi mandat, Maszlee yakin lebih banyak pelaburan akan dibawa masuk dan memastikan anak Johor akan dilatih pihak indusri untuk jaminan pekerjaan.

Beliau yang juga calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang berkata, ini kerana keyakinan pelabur akan pulih apabila melihat kerajaan negeri ditadbir oleh pemimpin bersih, di samping mempunyai rekod pencapaian yang lebih baik. 

"Tenaga kerja mahir perlu didik dan kita mahu mereka dilatih oleh industri sendiri. Ada industri melatih siswa kita sewaktu mereka belajar di institut latihan khususnya syarikat dari Jerman.

"Pulau Pinang telah tunjuk usaha yang cemerlang. Penguasaan terhadap teknologi Revolusi Industri 4.0 dan bahasa Inggeris juga penting kerana terbukti lebih mudah mendapat kerja," katanya. 

Tambah Maszlee, PH juga akan melaksanakan persepadanan kerja yang akan menyelesaikan permasalahan dihadapi graduan berkelulusan tinggi dan bekerja di kedai serbaneka namun hanya dibayar dengan gaji tidak masuk akal. 

Lantaran itu, beliau berkata, hanya rakyat Johor sahaja mampu mengubah perkara ini bagi memajukan Johor dengan penglibatan modal dan teknologi dari Singapura. 

"Sejarah Johor yang panjang memungkinkan kita kembali menjadi pemain antarabangsa dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Kita mampu kerana kita lihat ramai orang Johor berkerja di Singapura, sepatutnya pemindahan teknologi telah lama berlaku.

"Sepatutnya kita bukan hanya menjadi pembekal kepada mereka, sepatutnya kita jadi rakan strategik. Kenapa ini tidak berlaku? Sama ada tidak ada political will atau tidak ada kerajaan yang bersih," katanya. - Getaran, 20 Februari 2022.

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad