web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Akan Terus Meratib Nama Najib - Dr Mahathir

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Feb 2022 3:39PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus disebut Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Dr Mahathir, beliau akan terus 'meratib' Najib atau sesiapa sahaja yang cuba untuk merosakkan negara dan menipu rakyat.

Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Mohamad

Dalam surat kedua kepada pengundi Johor, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ia sebagai tanda kesihatannya sudah benar-benar pulih.

"Sebenarnya, saya amat malu 'meratib' nama Najib. Beliau memalukan negara, bangsa dan agama, malangnya beliau sendiri tidak malu malah berpura-pura teraniaya termasuk oleh saya.

"Beliau berharap rakyat Malaysia akan percaya beliau tidak bersalah dan sebenarnya (menjadi) mangsa penganiayaan saya dan musuh politiknya," katanya.

Jelas Perdana Menteri ketujuh itu, ada yang terpengaruh, percaya dan sanggup tampil mempertahankan Najib.

"Ada yang sanggup memanggil Najib 'bos' dan mencium tangannya," katanya.

Surat berkenaan turut dimuat naik di Twitter.

Dr Mahathir memberi amaran, negara akan dikuasai dan ditadbir oleh seorang kleptokrat daripada kluster mahkamah untuk disamun dan dirompak sekiranya Najib kembali berkuasa.

Ujar beliau,  Najib masih tidak malu dan sedang berusaha untuk mengembalikan kekuatan politik kerana percaya dapat melepaskan daripada hukuman jika berkuasa.

"Tidak ada dendam peribadi di pihak saya terhadap Najib.

"Perlu diingatkan ketika skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memuncak, adik Najib, Tan Sri Nazir Razak sendiri telah datang meminta saya lakukan sesuatu kerana wang berbilion telah hilang dan keadilan belum lagi dicapai terhadap jenayah dilakukan,” katanya.

Dr Mahathir menarik perhatian, Nazir pernah menulis surat panjang lebar mengenai skandal 1MDB dan segala jenayah dilakukan abangnya.

“Nazir pernah menulis surat panjang disebabkan perasaan malu.

"Banyak lagi ditulis Nazir yang mendedahkan skandal Najib ini secara terperinci," katanya sambil memberitahu, beliau turut menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri keenam itu sebelum berlakunya skandal 1MDB.

Tekanan juga jelas beliau, turut diberikan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri ke-5) apabila lambat melantik Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Saya percaya Najib layak, saya juga berasa terhutang budi kepada bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein kerana telah membantu kerjaya politik saya.

"Malangnya Najib bukan seperti bapanya. Tun Abdul Razak seorang nasionalis dan pejuang bangsa yang bermaruah tetapi Najib pula mencuri harta negara dengan bantuan Jho Low (ahli perniagaan dalam buruan didakwa terlibat skandal 1MDB)," tegasnya.

Lebih memalukan jelas Dr Mahathir, apabila akhbar luar negara menggelar Najib sebagai Plundering Idiot yang bermaksud 'penyamun tongong'.

"Mahkamah Rayuan pula menghukum beliau sebagai "National Embarrassment" iaitu orang yang memalukan negara," ujarnya.

Justeru, beliau Dr Mahathir menasihati semua pengundi Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti supaya tidak mudah terpengaruh dengan lakonan dibawa Najib.

“Najib sebenarnya sangat berharap rakyat Malaysia akan percaya beliau tidak bersalah dan sebenarnya menjadi mangsa penganiayaan saya dan musuh politiknya," katanya. - Getaran, 20 Februari 2022.

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 14 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95