web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Johor, WARISAN Cuba Nasib Demi Pengaruh Di Semenanjung

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 8:39PM

Mohd Shafie Apdal - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keputusan Parti Warisan Sabah (WARISAN) bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini, disifatkan sekadar mencuba nasib untuk memperkenalkan parti itu kepada rakyat di Semenanjung.

Penganalisis politik, Dr Jamaie Hamil berkata, WARISAN melihat pilihan raya negeri berkenaan sebagai platform untuk mencapai misi itu.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

Bagaimanapun, katanya, parti berkenaan sememangnya berhak berbuat demikian bersandarkan amalan demokrasi diamalkan di negara ini.

“Inilah masa WARISAN mencuba nasib untuk melihat sejauh mana parti itu diterima di Semenanjung kerana kali pertama ia bertanding di luar Sabah. Kalau mereka nak dapat kuasa di peringkat Pusat, mereka perlu kembangkan parti itu dengan menyertai mana-mana pilihan raya selain Sabah.

“Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga pernah menjadi calon Perdana Menteri yang membuktikan parti itu mempunyai tokoh hebat. Jadi, mereka perlu kembangkan sayap di Semenanjung bagi merealisasikan cita-cita untuk lahirkan Perdana Menteri dari WARISAN,'' katanya kepada Getaran, hari ini.

Terdahulu, Mohd Shafie mengesahkan WARISAN akan bertanding pada PRN Johor bagi memberi lebih pilihan kepada pengundi.

Beliau berkata, parti itu akan menampilkan sebahagian besar muka baharu untuk senarai calonnya, tetapi bilangan kerusi akan ditandingi belum dimuktamadkan dan diumumkan dalam masa terdekat.

Mohd Shafie memberi bayangan parti itu akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas dan persediaan untuk merampas kerusi tersebut kini giat dijalankan.

Dalam pada itu, Jamaie yang juga Pensyarah Kanan Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, adalah lebih baik WARISAN memperkasakan partinya di Sabah bagi meningkatkan prestasi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut beliau, WARISAN boleh dilihat rakyat sebagai tidak mempunyai kewibawaan untuk bertanding di Semenanjung memandangkan parti itu mula ditolak beberapa wakil rakyatnya di Sabah yang berpaling tadah. 

Jelasnya, jika dilihat prestasi WARISAN ketika menjadi kerajaan, ia tidak menang solid, namun mendapat bantuan daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang melompat parti bagi membentuk pentadbiran di Sabah.

Manakala, katanya, pada PRN lalu, WARISAN gagal mengekalkan kuasa sebagai kerajaan apabila kalah kepada BN dan Perikatan Nasional (PN).

“Mereka (WARISAN) perlu fokus kepada Sabah dan menjadi parti kuat seperti Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang boleh jadi kerajaan sehingga dua penggal.

“Ini yang perlu dibuktikan dan dilaksanakan WARISAN. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

“Nak kembangkan parti tiada masalah, namun berikan fokus untuk rakyat di negeri itu adalah lagi bagus. Apabila sudah menguasai dua pertiga kerusi DUN Sabah, barulah parti itu relevan bersaing dalam politik yang lebih bersifat nasional,” katanya.

Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan tindakan WARISAN yang mahu melebarkan sayapnya ke Semenanjung dan cuba menjadi parti nasional dengan menyertai PRN Johor, tidak mempunyai agenda serta hala tuju jelas.

Beliau berkata, WARISAN cuba menjadi parti nasionalis dengan menyertai PRN Johor, namun hasrat itu tidak dapat dibuktikan apabila ia hanya bertanding di kawasan negeri berkenaan yang mempunyai ramai penduduk Sabah dan Sarawak

Ujarnya, dari segi demokrasi sememangnya UMNO mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding di PRN Johor, tetapi bukan hanya untuk mencari tujuan tertentu semata-mata.

“Perkara penting bagi mana-mana parti politik yang bertanding pada pilihan raya adalah apa projek politiknya, agenda untuk Johor, bukan semata-mata masuk.

“Pada akhirnya, kita percaya dan berharap pengundi akan lihat setiap agenda parti politik. Lihat agendanya, kemampuannya, keupayaannya dan pencapaiannya selama ini. Kita nak mengundi (untuk tentukan masa depan) Johor dalam tempoh lima tahun, apa agenda untuk negeri ini,” katanya.

Mohamed Khaled turut mempersoalkan tahap keberanian WARISAN apabila hanya memberi fokus kepada pengundi Sabah dan Sarawak yang ramai di DUN Permas, sedangkan bercita-cita menjadi sebuah parti nasional.

“Kenapa tidak mendekati pengundi biasa, bukan penduduk Sabah dan Sarawak di Johor untuk memberi tawaran WARISAN, sehingga terpaksa cari pengundi Sabah.

“Ini kerana WARISAN mahu mainkan elemen sentimen kenegerian parti itu dari Sabah dan pemimpin dari negeri berkenaan,” katanya. – Getaran, 19 Februari 2022.
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran