web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


WARISAN Hanya Mahu ‘Test Market’ Di PRN Johor

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 8:42AM

Mohd Shafie sebelum ini mengesahkan WARISAN akan bertanding pada PRN Johor bagi memberi lebih pilihan kepada pengundi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan WARISAN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini dilihat seperti  menguji kebolehan (test market) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Penganalisis politik, Dr Junaidi Awang Besar meramalkan, WARISAN yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan tewas pada pilihan raya negeri itu.

Menurut beliau, WARISAN akan menghadapi kekalahan seperti mana dialami Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika bertanding di Pulau Pinang pada tahun 1995, yang menyaksikan mereka memperoleh kurang daripada 500 undi.

“Kalau tengok dari sejarah lepas seperti dihadapi PBS, WARISAN juga dilihat tidak akan menang kerusi kerana parti kenegerian amat sukar diterima di semenanjung berbanding Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) serta Pakatan Harapan (PH) yang bersifat nasional.

“WARISAN juga dikatakan tidak akan bertanding banyak kerusi, sekali gus membuktikan parti itu tidak bersungguh-sungguh untuk menang bagi mentadbir kerajaan negeri Johor. Sekiranya bertanding semua kerusi, mungkin perkara itu akan membuka mata rakyat,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Dr. Junaidi Awang Besar
Dr. Junaidi Awang Besar

Terdahulu, Mohd Shafie mengesahkan WARISAN akan bertanding pada PRN Johor bagi memberi lebih pilihan kepada pengundi.

Beliau berkata, partinya akan menampilkan sebahagian besar muka baharu serta senarai calon, tetapi bilangan kerusi yang akan ditandingi belum dimuktamadkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jelasnya, antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi ialah DUN Permas dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang.

Mengulas lanjut, Junaidi menegaskan PRN Johor mampu menjadi indikator kepada WARISAN, sejauh mana penerimaan rakyat di semenanjung terhadap parti tersebut.

Sekiranya mencapai kemenangan kerusi pada pilihan raya itu, beliau berkata, perkara terbabit membuktikan populariti WARISAN dan berkemungkinan parti berkenaan akan bertanding lebih banyak kerusi Parlimen serta DUN di negeri lain.

“Namun selagi masih sama dan tiada isu besar ketika menuju kepada PRU-15, ia akan menghasilkan wow faktor sama yang tidak akan membawa kepada perubahan. Perlu melihat isu semasa dengan lebih meluas.

“Sebagai contoh, tahun 1999, isu mata Datuk Seri Anwar Ibrahim lebam dan 2018 pula menyaksikan isu GST dan 1MDB sehingga PH menang pada PRU-14. Perkara seperti ini mampu hasilkan keputusan di luar jangkaan kerana politik bersifat dinamik yang boleh berubah walaupun sesaat,” katanya.

Berikutan itu, Junaidi yang juga Pensyarah Geografi Pilihan Raya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, adalah lebih baik untuk WARISAN mengekalkan status quo di Sabah dan cuba melakar satu prestasi lebih baik pada masa akan datang dalam PRU-15.

“WARISAN perlu ambil contoh daripada GPS yang hanya tumpu di Sarawak dan tidak mengacau politik di semenanjung. Seharusnya, parti itu kena sedar dan hanya perlu fokus di Sabah bagi memberi perkhidmatan terbaik di kawasan mereka.

“Bukan mudah untuk membina pengaruh, WARISAN perlu sedar perkara itu. Lebih baik parti itu fokus di Sabah yang sebenarnya mampu jadi ‘kingmaker’ dalam PRU-15 seperti dilakukan oleh GPS dan PAS,” katanya.

Sementara itu, mengulas peratusan pengundi pada PRN Johor, Junaidi menjangkakan peratusan keluar mengundi pada 12 Mac depan sekitar 50 peratus, berbanding sasaran 70 peratus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Di samping kebimbangan rakyat terhadap Omicron, peratusan pengundi pada PRN Johor bergantung kepada pengundi muda yang berusia 18 hingga 20 tahun. Kemungkinan di Johor boleh turun sehingga 40 peratus sekiranya golongan ini tidak keluar mengundi.

“Ini adalah waktu terbaik untuk kita melihat kecenderungan anak muda terhadap politik. Pada masa sama, pengundi luar juga dijangka tidak akan pulang kerana membabitkan kos kewangan tinggi, apatah lagi baru saja pulang dari kampung sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina,” katanya. – Getaran, 19 Februari 2022.

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 14 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad