web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor Lebih Mesra BN, Rakyat Terkesan Kelemahan Urus Tadbir PH

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 3:01PM

Tan Sri Shahrir Abdul Samad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suasana politik di Johor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) itu lebih mesra Barisan Nasional (BN) berbanding ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, perubahan itu berlaku selepas rakyat Johor terkesan dek kelemahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat gagal mentadbir negeri tersebut dengan baik.

“Setelah BN dihukum pengundi pada PRU-14, selain BN reda dengan hukuman itu, rakyat Johor juga terkesan dari sebuah kerajaan PH yang tidak berkemampuan mengurus tadbir negeri tersebut,” katanya hari ini.

Justeru beliau berkata, komunikasi dan penerangan amat penting untuk mendapatkan mandat rakyat dalam proses demokrasi.

“Isyarat kepada pengundi bukan boleh hanya dalam bentuk retorik semata-mata. Lebih-lebih lagi apabila kaedah kempen akan menyekat himpunan secara besar-besaran.

“Oleh itu, penyampaian mesej kepada pengundi akan lebih berkesan melalui pertemuan peringkat masyarakat dan juga melalui media baru,” katanya.

Menurut beliau, tawaran kepada pengundi Johor turut termasuk calon-calon yang bakal diketengahkan.

“Barisan calon-calon BN harus, pertamanya, mempunyai kredibiliti untuk membentuk sebuah kerajaan negeri yang mampu melaksanakan agenda yang dijanjikan dalam manifesto PRN parti.

“Keduanya, agenda itu adalah suatu yang munasabah dan dalam kemampuan kerajaan negeri untuk dilaksanakan,” katanya.

Menerusi kaedah itu, Shahrir berkata, tawaran BN kepada pengundi lebih mudah diterima selagi penyampaian mesej parti tersebut berkesan.

Terdahulu, BN memaklumkan akan mengumumkan senarai calon bagi PRN Johor dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum hari penamaan calon yang dijadualkan pada 26 Februari ini.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad berkata, ketika ini, pihaknya sedang memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding mewakili BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari, manakala tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac. - Getaran, 13 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

2

Politik 2 minggu yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

3

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad