web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MUDA Tanding 6 Kerusi PRN Johor, Jalin Kerjasama Dengan DAP, AMANAH

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 5:58PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mempertaruhkan calonnya di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bulan depan.

Kerusi terbabit adalah N5 Tenang, N22 Parit Raja, N26 Machap, N41 Puteri Wangsa dan N50 Bukit Permai.

Menerusi kenyataan bersama pemimpin tertinggi MUDA, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), dimaklumkan keputusan sebulat suara itu dimuktamadkan selepas beberapa mesyuarat serta perbincangan pelbagai hala dilakukan.

Katanya, mesyuarat itu juga mencapai kesepakatan dengan menggariskan tiga matlamat utama, iaitu memastikan tidak ada pertindihan kerusi antara calon ketiga-ketiga parti di setiap kawasan ditandingi.

“Kita juga mahu menumpukan usaha dan tenaga kerja menerusi jentera AMANAH, DAP dan MUDA untuk kemenangan setiap calon.

“Terakhir, kita bersama-sama menubuhkan kerajaan Johor demi membantu rakyat mencapai impian mereka,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

Selain itu, mereka berkata, ketiga-tiga parti terbabit akan bergerak sebagai rakan strategik pada pilihan raya kali ini, walaupun MUDA tidak menyertai gabungan Pakatan Harapan (PH).

Langkah itu, katanya, selaras dengan prinsip ‘khemah besar’ untuk menyatupadukan semua parti politik dan menggembleng tenaga yang bersedia melawan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Pimpinan AMANAH, DAP dan MUDA percaya bahawa pakatan pilihan yang dijalin menerusi rundingan ini akan membawa suara rakyat Johor dengan cemerlang.

“Ia selaras dengan agenda Johor Bangkit agar PRN Johor adalah untuk masa depan rakyat dan bukanlah perebutan kuasa serta jawatan,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan, rundingan antara MUDA dengan PKR masih berjalan demi kesepaduan menghadapi PRN tersebut. - Getaran, 9 Februari 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad