web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO, PAS Hilang Tumpuan Pada Rakyat, Asyik Merebut Kuasa - Mahfuz

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 8:43PM

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berucap menjawab persoalan diajukan petani di Kampung Atas Kota, Sungai Mati, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

POKOK SENA - Tindakan kepimpinan PAS dan UMNO yang saling bercakaran serta kata-mengata antara satu sama lain ketika ini, jelas menampakkan betapa pemimpin dalam kerajaan sekarang sudah hilang tumpuan terhadap segala isu melibatkan rakyat.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar berkata, mereka sebaliknya lebih menumpukan kepada perebutan kuasa berbanding masalah yang membelenggu rakyat, termasuk kenaikan harga barang dan keadaan ekonomi semasa.

Situasi itu katanya, jelas menunjukkan keadaan berkecamuk dalam kalangan parti politik yang membentuk kerajaan.

“Dalam kemelut antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) ini, yang menjadi mangsa adalah rakyat.

“Kepimpinan mereka sudah hilang tumpuan, tidak lagi fokus kepada rakyat sebaliknya tertumpu kepada usaha berebut kuasa, kerusi dan sebagainya.

“Ini yang rakyat perlu sedar kerana pemimpin politik sebegini kalau diberi mandat lagi untuk berkuasa, hanya akan bebankan kehidupan rakyat.

“Jika timbul masalah, fokus pemimpin itu akan tertumpu kepada krisis mereka dan bukannya menyelesaikan isu kehidupan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan sesi bertanya khabar dengan golongan petani di Kampung Atas Kota, Sungai Mati dekat Langgar, di sini, hari ini.

Mahfuz menerusi pertemuan itu berjanji untuk membawa beberapa isu dihadapi petani, antaranya kenaikan harga baja dan racun yang melampau ke sesi Parlimen akan datang.

Baru-baru ini, ketegangan antara PAS dan UMNO dilihat kian meningkat dengan beberapa pemimpin utama mereka termasuk Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak lagi ‘segan silu’ untuk saling menghentam antara satu sama lain.

Abdul Hadi malah sebelum ini turut mengibaratkan UMNO seperti itik patah kaki yang sudah sembuh, dan mahu berenang sendiri untuk meninggalkan PAS.

Sementara itu Mahfuz mendakwa, tindakan Abdul Hadi yang terus bercakap mengenai kesetiaan serta walak kepada pemimpin termasuk melalui laman Facebooknya semalam, adalah kerana Ahli Parlimen Marang tersebut sedar mengenai pergolakan dalam kalangan ahli PAS ketika ini.

“Inilah kaedah dilakukan PAS iaitu bercakap mengenai taat, tsiqah dan walak kepada pemimpin.

“Kenyataan Abdul Hadi semalam yang meminta ahli PAS taat kepada keputusan pemimpin adalah kerana beliau sudah dapat melihat berlaku pergolakan dalam kalangan ahli PAS.

“Ahli ibarat penumpang sebuah bas, kini resah dan gelisah dengan perkembangan ‘drebar’ bas tersebut. Masing-masing berada dalam ketidaktentuan yang mungkin membahayakan kehidupan mereka,” katanya.

Menurut Mahfuz, beliau percaya ketakutan Abdul Hadi ketika ini ialah jika semua penumpang itu turun dari bas.

“Jadi beliau pesanlah supaya penumpang berjaga-jaga kerana kalau turun bas nanti, ada jerung menyambar,” katanya.

Menulis dalam laman rasmi Facebooknya semalam, Abdul Hadi berkata terdapat segelintir ahli PAS yang digoda supaya mengubah hala tuju parti itu namun mereka diyakini akan kembali ke pangkal jalan, terpelanting jatuh disambar jerung atau tenggelam dalam gelombang.

Katanya, barisan pemimpin yang setia kepada perjuangan PAS serta ahli-ahli yang walak dan taat secara tidak membabi buta akan terus melayari bahtera hingga sampai ke destinasi dengan izin Allah. - Getaran 3 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

2

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Ibu Tunggal Didakwa Di Mahkamah 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai