web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PKR Terima 78,093 Permohonan Baharu Dalam 2 Bulan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2022 5:02PM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima 78,093 permohonan baharu sebagai anggotanya dalam tempoh hanya dua bulan sejak 24 November 2021 sehingga semalam.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata senarai anggota sudah berdaftar itu akan dibentangkan kepada Cabang parti untuk proses semakan dan bantahan, sebelum dimasukkan ke Daftar Anggota Induk Parti.

Jelasnya, proses itu akan dibuka bermula 3 Februari sehingga 9 Februari ini.

“Jika terdapat bantahan pada senarai anggota baharu yang dibekalkan, Cabang boleh mengemukakannya kepada Pejabat Setiausaha Agung sebelum atau pada 9 Februari 2022.

“Kesemua bantahan dikemukakan mengikut tempoh ditetapkan akan diproses dan diputuskan Majlis Pimpinan Pusat,” katanya hari ini.

Saifuddin berkata, keputusan Majlis Pimpinan Pusat ke atas setiap bantahan diterima adalah muktamad.

“Ibu Pejabat akan mengeluarkan Daftar Anggota Induk yang lengkap seawal 18 Februari 2022 dan akan menyerahkannya kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti bagi melengkapkan Daftar Pemilih untuk kegunaan Pemilihan Parti.

“Penyertaan dengan jumlah begitu besar ini menunjukkan PKR terus mendapat sokongan dan dukungan rakyat untuk memacu politik serta kepimpinan negara,” katanya. – Getaran, 1 Februari 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 6 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad