web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mohamad Hasan Dilantik Pengarah PRN Johor, Hasni Ketua Penyelaras

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 12:08PM

Mohamad Hasan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) sebulat suara melantik Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, mesyuarat tersebut turut menamakan Pengerusi BN Johor, Datuk Ir Hasni Muhammad sebagai Ketua Penyelaras PRN negeri itu.

Katanya, keputusan sebulat suara tersebut dicapai dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bersidang malam tadi.

“Mesyuarat sebulat suara bersetuju bagi memperkukuhkan jentera BN dan bergerak atas lambang BN secara bersama.

“Mesyuarat juga turut menegaskan kebulatan tekad seluruh pimpinan parti komponen untuk terus mempertahan dan mengemaskini kedudukan BN yang menjadi wadah politik negara,” katanya hari ini.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) untuk memberi laluan kepada PRN di negeri itu diadakan.

PRN Johor diadakan berikutan kedudukan kerajaan pimpinan Datuk Ir Hasni Mohammad kurang stabil kerana hanya memiliki kelebihan satu kerusi DUN.

Terdahulu, media melaporkan bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, 70, meninggal dunia di kediaman anaknya di sini kira-kira jam 11.45 malam pada 22 Disember lalu.

Kehilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu sekali gus menjadikan gabungan kerajaan sedia ada kini hanya mempunyai kelebihan satu kerusi iaitu 28 berbanding 27 kerusi milik Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Johor seperti Hari Penamaan Calon dan Hari Pengundian.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, SPR juga akan membincangkan tarikh writ pilihan raya dan daftar pemilih yang akan digunakan serta lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Katanya lagi, SPR secara rasminya telah menerima notis daripada Speaker DUN Johor berhubung pembubaran DUN negeri itu penggal ke-14 pada 23 Januari, sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895. - Getaran, 29 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

2

Politik 4 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

3

Politik 4 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad