web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Letak Calon Muda Bukan Jaminan Tambat Hati Pengundi Johor

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 2:47PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meletakkan calon muda semata-mata pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bukan jaminan untuk sesebuah parti memenangi dan mampu menambat hati lebih 2.5 juta pengundi negeri berkenaan.

Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi ketika dihubungi Getaran, berkata walaupun jumlah pengundi baharu dalam kalangan individu berusia 18 hingga 20 tahun bertambah sebanyak lebih 750,000 menerusi Undi18, peratusan peluang untuk calon muda memenangi pilihan raya itu bukan mudah.

“Saya anggarkan, pengundi di Johor kebanyakannya adalah golongan dewasa dan berumur, jadi meletakkan calon muda dengan harapan supaya dia menang di PRN Johor, ia sesuatu yang agak mustahil.

“Meletakkan calon muda perlu disusuli strategi betul bagi memastikan individu tersebut turun padang dan beramah mesra dengan penduduk, selain mempunyai kredibiliti,” katanya.

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, semua parti politik yang bertanding di PRN Johor perlu meletakkan calon daripada pelbagai latar belakang, termasuk bidang dan umur bagi memastikan kedudukan kukuh.

Katanya, meletakkan anak muda sebagai calon juga perlu disusuli dengan pengisian penyertaan atau agenda penting.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi
Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi

Usaha berkenaan, jelasnya perlu bagi menjawab persoalan bakal timbul, iaitu adakah calon anak muda ditampilkan mempunyai pengalaman atau sumbangan untuk menghadapi PRN Johor.

“Perkara ini perlu diambil kira kerana untuk meletakkan calon muda bukan sekadar mengumumkan siapakah calon muda itu, tetapi pengundi mahu lihat apakah mampu disumbangkan calon muda berkenaan.

“Sebagai wakil rakyat, perkara paling penting diinginkan pengundi sudah tentu adakah beliau mampu menyantuni masyarakat, selalu turun padang membantu atau sentiasa bersama penduduk setempat,” katanya.

Menarik perhatian, Awang Azman juga mempersoalkan adakah calon muda dipilih kelak dapat memenuhi keperluan rakyat secara menyeluruh atau hanya memikirkan kepentingan anak muda sahaja.

“Tidak kisah mereka ini muda atau dewasa. Apalah gunanya jika meletakkan calon muda tetapi dia hanya fokus kepada keperluan anak muda sahaja, sedangkan di kawasan tersebut majoritinya dewasa dan berumur.

“Calon diletakkan perlu dipilih dalam kalangan individu disukai penduduk setempat, jadi jika meletakkan calon muda tidak dikenali, bagaimana pengundi mahu mengundi calon?,” soalnya.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gabungan itu bersedia memberi peluang kepada calon muda untuk bertanding atas tiket parti berkenaan pada PRN Johor.

Anwar memaklumkan, pihaknya akan mendapatkan cadangan daripada PH Johor berkaitan semua calon sesuai yang akan ditampilkan nanti.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, strategi PH untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain pada PRN Johor pula, dilihat mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO. - Getaran, 28 Januari  2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Pilih Calon Muda Berwibawa Elak Parlimen Jadi ‘Pentas Sarkas’, ‘Pasar Ikan’

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

3

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

4

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad