web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor, PH Bertanding Di Semua 56 Kerusi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 5:02PM

Mohamad Sabu (dua dari kanan) berbual dengan penduduk di Permas Jaya, ketika program sarapan pagi bersama pemimpin masyarakat di Johor Bahru, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal menyaksikan Pakatan Harapan (PH) bertanding dalam kesemua 56 kerusi DUN dipertandingkan.

PH juga dilaporkan sudah memuktamadkan pengagihan kerusi DUN yang bakal ditandingi setiap parti komponen itu.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu berkata, AMANAH dan PKR masing-masing bakal bertanding 20 kerusi, manakala DAP memutuskan untuk mencuba nasib di 16 kawasan DUN.

Menurut beliau, kesepakatan itu sudah dicapai Majlis Presiden PH dalam mesyuarat yang diadakan, kelmarin.

"Berhubung soal pengagihan kerusi bagi PRN Johor, kita sudah capai persetujuan yang mana PKR akan bertanding 20 kerusi, AMANAH 20 kerusi, manakala DAP 16 kerusi," katanya ketika sidang media selepas program sarapan pagi bersama pemimpin masyarakat di Bandar Permas Jaya di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan.

Mohamad bagaimanapun berkata, PH masih membuka ruang perbincangan sekiranya ada mana-mana parti yang ingin bekerjasama bersama PH pada PRN ini.

"Jika dengan penyertaan mereka boleh meningkatkan lagi peluang kemenangan kepada PH, ketiga-tiga pucuk pimpinan parti akan mengadakan perbincangan secara bersama," jelasnya.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu memberitahu, perbincangan berhubung kerjasama dengan parti-parti lain sedang berjalan dan akan diputuskan dalam tempoh sehari dua lagi.

"Antara parti yang dimaksudkan termasuklah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

"Senarai calon bagaimanapun masih dalam perbincangan dan belum dimuktamadkan," katanya.

Sementara itu, Aminolhuda pula memberitahu, AMANAH Johor telah menyenaraikan nama semua calon yang akan bertanding di semua 20 kerusi DUN diperuntukkan.

"Senarai calon yang akan bertanding memang sudah siap, cuma sekarang kita tunggu pengesahan daripada kepimpinan pusat.

"Daripada 20 kerusi ditandingi, 14 kerusi akan ditandingi calon muka baharu termasuklah daripada generasi muda," katanya. - Getaran, 27 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Mahu Lahirkan Kepimpinan Yang Berani, Saifuddin Tawar Bertanding MPP 

2

Politik 2 tahun yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PRK Jepak: Proses Pengundian Berjalan Lancar - Pengerusi SPR

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad