web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Johor: PH Muktamad Rundingan Kerusi Hari Ini

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 12:25PM

PH akan mengadakan rundingan hari ini bagi memuktamadkan pembahagian kerusi untuk PRN Johor. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) mengadakan rundingan hari ini untuk memuktamadkan pembahagian kerusi bakal ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abdul Samad, berkata rundingan itu turut membabitkan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

“Perbincangan hari ini tertumpu mengenai kekosongan kerusi yang menjadi isu utama dan perlu diselesaikan dengan segera,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, sebelum ini, parti komponen PH, iaitu DAP mempunyai 14 kerusi, AMANAH (12), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (12), manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan 18 kerusi.

“Disebabkan BERSATU sudah meninggalkan PH, maka lebihan kerusi tersebut akan diagihkan sama ada dalam kalangan PH atau parti lain seperti MUDA, WARISAN serta PEJUANG,” katanya.

Semalam, Timbalan Pengerusi AMANAH Johor, Dzulkefly Ahmad, dilaporkan berkata pembabitan MUDA, PEJUANG dan WARISAN adalah penting pada PRN Johor.

Jelasnya, pembabitan parti tersebut bukan sahaja memberikan dinamik berbeza dalam gabungan PH Johor, malah menyaksikan saingan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Pada masa sama, beliau turut yakin kerjasama dengan MUDA, PEJUANG dan WARISAN serta pembabitan calon muda mampu meningkatkan prestasi PH pada pilihan raya berkenaan.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, perbincangan tersebut akan mendapat kata sepakat yang jitu bagi memastikan PH boleh merampas semula beberapa kerusi dipertandingkan.

Ditanya mengenai persiapan gabungan itu dalam menghadapi pilihan raya berkenaan, Khalid berkata, pihaknya akan memastikan calon ditampilkan adalah layak.

PRN Johor diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada Ahad lalu. - Getaran, 26 Januari 2022.
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad