web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PH Sedia Beri Peluang Calon Muda Bertanding PRN Johor - Anwar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 6:47PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gabungan parti itu bersedia memberi peluang kepada calon muda untuk bertanding mewakili parti berkenaan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Anwar berkata pihaknya akan mendapatkan cadangan daripada PH Johor, berkaitan calon secara keseluruhannya yang akan bertanding nanti.

“Saya beritahu kaedahnya, calon itu mestilah kuat, berpengalaman, muda dan (merangkumi) wanita kemudian cuba merangkumi semua parti (komponen).

“Memang akan ada calon muda dalam kalangan pimpinan muda, tetapi semua calon yang bertanding perlu merangkumi wanita dan pimpinan lama ... ia tidak boleh semuanya calon muda,” katanya kepada pemberita selepas program sembang santai bersama anak muda di sebuah restoran di sini hari ini.

Dalam pada itu Anwar berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memberikan kebebasan mutlak pada PRN kali ini, kerana kekuatan PH adalah dengan strategi bertemu rakyat.

Sementara itu Anwar berkata strategi PH bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi bertanding PRN Johor, dilihat mampu menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Anwar yang juga Presiden PKR berkata pembangkang boleh bekerjasama dalam satu pasukan untuk PRN Johor sekiranya masing-masing konsisten menolak beberapa isu, termasuk salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Kami beri laluan kepada pemimpin UMNO untuk mentadbir Johor walaupun dengan satu majoriti, kami katakan kami tidak ganggu supaya tumpu kepada soal COVID-19 dan banjir, tetapi mereka anggap punya kekuatan untuk dapat majoriti besar.

“Mereka nak tumpu pilihan raya, jadi kami kata kami ada strategi untuk tumbangkan mereka. Kami terpaksa lawan dan kami akan lawan dengan segala kekuatan dan strategi, yang memungkinkan mengalahkan mereka,” katanya.

Media hari ini melaporkan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan hasrat PH untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi menghadapi PRN Johor, hanya akan mengulangi formula kegagalan kerajaan PH selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

2

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

3

Politik 4 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

4

Politik 4 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad