web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: UMNO Johor Diberi Mandat Buat Keputusan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 2:44PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Badan Perhubungan UMNO Johor telah diberikan mandat untuk membuat keputusan sama ada Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu diadakan atau sebaliknya.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, bagaimanapun berkata sebarang keputusan mengenai PRN Johor perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan Johor.

“Mengenai (PRN) Johor seperti yang kita putuskan dalam Majlis Tertinggi UMNO, kita serahkan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk berbincang dari segi persediaan dan membuat keputusan.

“Jadi kita serahkan kepada UMNO Johor untuk menentukan sama ada mengadakan PRN (atau sebaliknya),” kata beliau.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Perdana Menteri Bersama Ahli Biro Politik UMNO Kelantan di sini hari ini.

Khabar angin mengenai PRN Johor akan diadakan bertiup kencang berikutan kematian ADUN Kempas Datuk Osman Sapian baru-baru ini, menjadikan kerajaan pimpinan UMNO hanya memiliki majoriti satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Pada masa ini, DUN Johor diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi yang merangkumi UMNO (14 kerusi), MIC (dua), Bersatu (11) dan PAS (satu) manakala Pakatan Harapan memiliki 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (tujuh) dan Amanah (enam). - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 11 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 5 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad