web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Tidak Perlu Beri Penjelasan Rasmi Gugur Khairuddin - Abdul Hadi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 3:03PM

Abdul Hadi Awang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Tidak ada keperluan untuk PAS memberi penjelasan rasmi berhubung keputusan menggugurkan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam jawatankuasa pusat parti, kata presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Tegas beliau, penjelasan mengenai keputusan tersebut cukup sekadar dilakukan kepada ahli parti sahaja tanpa dihebahkan kepada umum.

“Ini berkenaan disiplin dan perkara dalaman parti, (cukup sekadar) untuk ahli parti sahaja.

“Sehingga saat ini saya mendapat maklumat daripada akar umbi, 99.9 peratus (ahli) berpuas hati dengan keputusan PAS,” katanya kepada media di sini hari ini.

Mohd Khairuddin Aman Razali
Mohd Khairuddin Aman Razali

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menolak dakwaan bahawa pengguguran Khairuddin berkait dengan isu perselisihan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Keputusan berkenaan tegasnya, dibuat semata-mata atas faktor disiplin melibatkan Khairuddin, tanpa didorong perkara lain.

“PAS sudah memberi peluang kepada Khairuddin sebelum keputusan menarik semula jawatan itu dibuat.

“Beliau bukan dipecat tapi digugurkan. Sebelum ini pun kita dah nasihatkan beliau tapi (kesalahan itu) tetap dilakukannya dan akhirnya kita terpaksa gugurkan (Khairuddin),” katanya.

Abdul Hadi turut menolak dakwaan bahawa pengguguran Khairuddin akan menyebabkan perpecahan dalam PAS.

PAS katanya, pernah berdepan situasi paling buruk sebelum ini seperti krisis Kelantan pada 1978 dan krisis dalaman PAS yang menyaksikan ahlinya keluar untuk menubuhkan parti serpihan iaitu AMANAH.

Keputusan menarik semula jawatan Khairuddin dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan pada Rabu lepas.

Media sebelum ini melaporkan, pengguguran Khairuddin berkait rapat perselisihan MN dan PN, memandangkan pemimpin tersebut antara yang lantang mempertahankan kerjasama dengan UMNO.

Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan oleh PAS. - Getaran, 21 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 5 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 11 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM