web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Veteran, MKT UMNO ‘Panas Hati’ Annuar Musa Dahului Keputusan Parti

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 6:17PM

Tan Sri Shahrir Samad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa membuat kesimpulan awal mewakili parti itu bagi mengangkat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dikecam hebat.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad mempersoalkan bagaimana Menteri Komunikasi dan Multimedia berkenaan boleh membuat kenyataan secara terbuka seperti itu di Facebook, sedangkan beliau langsung tidak terbabit dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, kelmarin.

“Hanya Tan Sri Annuar, walaupun menteri, tidak hadir di mesyuarat MKT tersebut.

“Namun, sebagai menteri yang jaga ‘multimedia’, kot-kot dia mempunyai maklumat sahih tentang mesyuarat yang dia sendiri tidak menghadirinya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Annuar menerusi laman sosial itu memaklumkan bahawa hasil mesyuarat MKT UMNO memberi bayangan Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri Ke-9 akan dijadikan watak utama parti terbabit untuk PRU-15.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, bayangan berkenaan berdasarkan keputusan mesyuarat tersebut yang menunjukkan isyarat bahawa Naib Presiden UMNO terbabit akan terus diangkat sebagai calon Perdana Menteri bagi pilihan raya akan datang.

Jelasnya, keputusan berkenaan merupakan manifestasi kebijaksanaan MKT UMNO.

Mengulas isu sama, Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyanggah kenyataan Annuar yang juga Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu sebagai mendahului keputusan parti.

Sehubungan itu, beliau memberi sindiran sinis kepada Annuar bahawa ciri-ciri individu yang layak diangkat sebagai ‘poster boy’ UMNO mestilah tidak lembik dan tidak lembab dalam melaksanakan keputusan.

“Ada orang mendahului parti menamakan ‘poster boy’ UMNO untuk pilihanraya akan datang. Dia umum dulu, sedangkan parti belum buat keputusan. Namun, poster boy mesti jamin kemenangan parti dalam PRU.

“Dia (poster boy) perlu dipilih kerana ketokohan, polisi dan pembela rakyat, bukan lembik, ikut cakap orang serta lambat buat keputusan.

“Maka sesiapa pun jangan perasan sangat. Jangan lebih sudu dari kuah. Masuk bakul angkat sendiri. Ikut saja keputusan parti,” katanya.

Selasa lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan, parti itu komited mengekalkan sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, mesyuarat dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut menjelaskan keperluan memperkukuh sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri. - Getaran, 14 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 5 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad