Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


ADUN Melalap Peter Anthony Umum Keluar Parti Warisan Sabah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Dec 2021 2:44PM

Peter berkata tindakannya itu adalah demi memperjuangkan hak serta nasib rakyat Sabah. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap Datuk Peter Anthony hari ini mengumumkan keputusan beliau untuk keluar daripada menganggotai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Peter, 50, yang juga merupakan naib presiden parti itu turut mengumumkan hasratnya menubuhkan sebuah parti baharu yang akan bekerjasama dengan Kerajaan Sabah di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau berkata tindakannya itu adalah demi memperjuangkan hak serta nasib rakyat Sabah, selepas beliau melihat parti Warisan telah jauh tersasar dalam perjuangan itu apabila ia melebarkan sayapnya ke Semenanjung.

“Sudah tiba masanya bagi kita pemimpin di Sabah untuk lupakan persengketaan politik bagi sama-sama bangunkan negeri tercinta ini … pembangunan di Sabah ini (terkesan) sedikit sebanyak oleh perbalahan politik, jadi saya merasakan perlu ke arah kesatuan gabungan pemimpin di negeri ini bagi sama-sama bangunkan Sabah.

“Rakyat Sabah ini perlukan satu parti yang betul-betul memperjuangkan hak orang Sabah, itu yang paling penting bagi kita, tiada guna untuk kita sekiranya satu parti yang ditubuhkan itu ke luar (Sabah),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu ADUN Limbahau Juil Nuatim juga daripada Warisan.

Dengan perkembangan terbaharu Warisan kini hanya memiliki 18 kerusi di DUN Sabah, apabila sebelum ini tiga ADUN yang terdiri daripada Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin) dan Datuk Mohammadin Ketapi (Segama) juga Ahli Parlimen Lahad Datu, bertindak keluar parti, manakala Datin Manis Muka Mohd Darah (Bugaya) meninggal dunia tahun lepas.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 tahun lepas, Peter memenangi kerusi DUN Melalap atas tiket Warisan dengan majoriti 1,719 undi dalam saingan enam penjuru.

Peter berkata PRN Sarawak Ke-12 lepas yang menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang besar, boleh dijadikan contoh terbaik dengan melihat rakyat Sarawak sendiri memilih pemimpin tempatan bagi bersama memajukan negeri.

“Biarlah Sarawak dipimpin pemimpin Sarawak, Kuala Lumpur pemimpin Kuala Lumpur, Negeri Sembilan pemimpin Negeri Sembilan, Pulau Pinang pemimpin Pulau Pinang, dan kita pemimpin di Sabah sama-sama fokus bangunkan Sabah,” katanya.

Peter juga menolak dakwaan kononnya tindakannya keluar parti hari ini adalah disebabkan kes mahkamah berkaitan dokumen palsu yang sedang dihadapinya kini, sebaliknya beliau menegaskan tindakannya itu adalah kerana suara dari akar umbi rakyat negeri ini.

“Mereka mahu platform parti tempatan yang betul-betul perjuangkan rakyat Sabah ... parti (baharu) ini akan saya umumkan dalam masa terdekat dan kalau ada berminat (menyertai) kita beri peluang sama-sama kita,” katanya.

Ditanya adakah beliau telah berbincang mengenai tindakan itu bersama Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Peter hanya menjawab: “I think it should be OK,” dan memberitahu beliau akan menghantar surat berkaitan kepada pihak yang terlibat.

Peter berkata beliau bersedia dengan sebarang tindakan daripada Warisan, termasuk melibatkan tindakan undang-undang, dan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada sistem perundangan negara untuk menentukan kedudukannya selepas ini.

“Sekiranya pihak mahkamah memutuskan saya perlu mengosongkan kerusi DUN Melalap saya bersedia, terserah kepada undang-undang, kita akan patuh,” katanya.

Pada 14 Disember lepas, Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur memerintahkan Peter juga bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah membela diri atas pertuduhan memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di universiti itu pada 2014.

Mahkamah menetapkan 3 hingga 7 Jan 2022 untuk beliau membela diri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Semasa 3 hari yang lalu

Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan Di Kota Kinabalu Sabtu Ini

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Utamakan Pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Di Pedalaman Sabah - Senator

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 18 jam yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Luar Negara 1 hari yang lalu

WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza

Semasa 1 hari yang lalu

Terumbu Karang Musnah, Jejas Pelancongan Di Pulau Perhentian

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Babitkan 7 Kenderaan: 3 Penunggang Motosikal Dilaporkan Stabil