web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


WARISAN, UMNO Tidak Pernah Berunding Bentuk Kerajaan Baharu Sabah

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 2:47PM

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Perasmian Pelancaran Parti Warisan Peringkat Nasional di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, pada 17 Disember lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Warisan Sabah (WARISAN) menyangkal dakwaan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO bagi menubuhkan kerajaan baharu di Sabah.

Perkara itu disahkan Ketua Penerangan WARISAN, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari yang menegaskan, andaian pelbagai pihak sejak kebelakangan ini mengenai kemungkinan penjajaran baharu politik Sabah itu sama sekali tidak akan berlaku.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berkata, tiada sebarang rundingan mahupun perbincangan dilakukan dengan mana-mana parti bagi tujuan itu.

"Sejak kebelakangan ini banyak yang melontarkan pandangan bahawa WARISAN bakal menggantikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dikatakan akan tumbang pada bila-bila masa.

“Itu hanya andaian portal tertentu, namun, saya ingin tegaskan di sini bahawa WARISAN tidak ada berunding atau berbincang dengan mana-mana parti politik termasuk UMNO untuk menubuhkan kerajaan Sabah yang baharu," katanya, hari ini. 

Awang Ahmad Sah Sahari
Awang Ahmad Sah Sahari

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan bahawa Sabah bakal mendapat kerajaan baharu yang lebih progresif, menerusi gabungan BN dan WARISAN dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Awang Ahmad berkata, WARISAN adalah parti pembangkang yang fokus dalam perjuangan untuk kebaikan rakyat Sabah dan Malaysia. 

"Pada masa sama, WARISAN juga mahu meletakkan fungsi kerajaan ke landasan yang betul dan mematuhi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selain menghapuskan rasuah.

"WARISAN komited dalam perjuangan ini dan akan bekerja keras agar rakyat memahami dan menyokong perjuangan parti ini," katanya. 

Terdahulu sebuah portal melaporkan, terdapat desas-desus yang menyatakan BN akan bekerjasama dengan WARISAN untuk membentuk kerajaan baharu di Sabah.

Laporan itu juga menyebut kedua-dua pihak sedang menentukan calon Ketua Menteri yang baharu antara Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada BN atau Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mewakili WARISAN. 

Bagi membentuk kerajaan, gabungan Warisan-BN memerlukan sekurang-kurangnya 37 kerusi daripada keseluruhan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Ketika ini, UMNO mempunyai 14 kerusi manakala WARISAN memiliki 19 kerusi. 

Secara keseluruhan, kerajaan GRS mempunyai 50 kerusi termasuk enam ADUN dilantik dan pembangkang pula mempunyai 28 kerusi. 

Kerusi DUN Bugaya ketika ini masih kosong selepas penyandangnya, Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia pada 17 November tahun lalu. - Getaran, 26 Disember 2021.

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish