web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Engkilili, Dambakan Nikmat Kemudahan Asas

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 9:33PM

Engkilil memerlukan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, klinik dan infrastruktur yang boleh membantu mewujudkan peluang pekerjaan untuk belia. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ENGKILILI - Engkilili, pekan sunyi yang mendapat namanya sempena nama pokok ini memang tidak dapat dinafikan lagi amat dahagakan nikmat pembangunan, terutama dari segi pembekalan kemudahan asas seperti bekanan air bersih, klinik, serta dasar-dasar dan infrastruktur yang boleh membantu mewujudkan peluang pekerjaan untuk kaum belia, di samping menarik kehadiran pelancong.

Seorang penduduk, Louis Chai, 36, berkata Engkilili amat memerlukan kemudahan penting seperti bank, termasuk mesin teler automatik (ATM), infrastruktur perubatan, dan bekalan air yang memuaskan untuk keperluan penduduknya.

Katanya beliau sedar disebabkan peluang yang amat terhad, ramai anak muda di sini meninggalkan pekan ini untuk mencari pekerjaan di tempat lain, dan juga untuk melanjutkan pelajaran.

"Sini sudah jadi pekan orang tua sahaja. Di sini memang tiada pembangunan dan tiada orang datang hendak cari pekerjaan. Kalau ada pun, di Sri Aman atau Kuching.  

"Perlu cari jalan untuk kekalkan penduduk di sini terus menetap ataupun bekerja. Pekan ini masih kecil dan ia tidak boleh jadi seperti Betong dan Lubok Antu. Lihat Lubok Antu, ia boleh jadi seperti pusat untuk perubatan, ada hospital… kenapa sini tidak boleh? Ada tak kemungkinan untuk membangunkan pekan ini?" katanya.

Penduduk menggunakan jambatan gantung bagi menyeberangi sungai untuk melakukan aktiviti harian di Pekan Engkilili. - Gambar Bernama
Penduduk menggunakan jambatan gantung bagi menyeberangi sungai untuk melakukan aktiviti harian di Pekan Engkilili. - Gambar Bernama

Chai baru sahaja kembali ke Engkilili dari Kuala Lumpur sebelum pandemik bermula tahun lepas. Beliau meninggalkan pekan ini untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja di ibu kota.

Beliau berkata Engkilili jelas dibangunkan tanpa perancangan yang rapi, dan beliau menggesa pihak berkuasa membuat kajian yang rapi untuk mencari penyelesaian mengenai apa yang diperlukan oleh pekan ini untuk membangun dengan lebih pesat dan pantas.

"Pembangunan pekan ini tidak dijaga rapi, terutama dari segi perancangan. Akhirnya keseluruhan pembangunan Engkilili macam rojak. ‘Semuanya’ tiada di sini, namun itulah kehidupan. Hidup mesti diteruskan, kita perlu cari peluang dan lakukan yang terbaik untuk mencari rezeki,” katanya.

Sementara itu seorang pengusaha restoran di sini Chai Thian Fhai, 56, berkata perniagaan di pekan ini sememangnya lembab, dan ia bertambah buruk dengan bahana penularan pandemik COVID-19 sejak tahun lepas.

"Berniaga okaylah, tapi sebelah pagi sahaja disini, petang tak ada orang. Sewaktu pandemik, langsung tidak ada orang, (makan) cara bungkus sahaja," kata Chai yang berasal dari Sri Aman dan tinggal di Engkilili sejak lebih tiga dekad lepas.

Menurutnya perniagaan beliau di Engkilili dapat diteruskan sehingga kini disebabkan oleh bantuan daripada kerajaan negeri.

Antara langkah yang diumumkan oleh kerajaan untuk mengurangkan beban kelompok peniaga di Sarawak adalah pemberian sekali bayar RM3,000 bagi perusahaan kecil dalam negeri.

Bantuan Kewangan itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 24,000 pengusaha mikro, yang akan dibayar bulan ini, melibatkan perbelanjaan berjumlah RM73.8 juta.

Pilihan raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN) ini menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili, melibatkan Stel Datu daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK), Desmond Sateng Sanjan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dr Johnical Rayong Ngipa daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB), dan Gemong Batu (Bebas). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

2

Politik 4 tahun yang lalu

Kemenangan 2/3 GPS Isyarat Rekod Cemerlang Parti Tempatan

3

Politik 4 tahun yang lalu

PRN Sarawak, Peratus Keluar Mengundi Rendah Mesej Rakyat Kepada Kerajaan

4

Politik 4 tahun yang lalu

GPS Ungguli PRN Sarawak, Catat Kemenangan Majoriti Mudah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran