web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Bertepuk Sebelah Tangan Sebagai Gabungan MN - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 5:55PM

Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO sudah berusaha mengekalkan kesepakatan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS, termasuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun malangnya ia hanya bertepuk sebelah tangan.

Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pimpinan PAS sering menyatakan sokongan ke atas MN, tetapi menolak pelawaan UMNO untuk berpadu atas nama gabungan itu di Melaka.

Katanya, pimpinan PAS membuat keputusan untuk bergandingan dan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di bawah Perikatan Nasional (PN) yang diketahui tujuannya menjatuhkan UMNO.

“Namun, UMNO menghormati pendirian dan hak pimpinan PAS untuk bersama PN itu kerana inilah sebuah negara demokrasi.

“UMNO tidak pernah mengarahkan PAS mengenai hala tuju politiknya atas semangat kemuafakatan MN yang dimeterai,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, sebuah muafakat seharusnya membawa berkat dan tidak sesekali mengundang padah terhadap mana-mana pemegang taruh.

Katanya, tiada keberkatan dalam istilah muafakat apabila diselubungi agenda keegoan, kebencian dan kepura-puraan.

Muafakat juga jelas beliau, perlu membawa kebaikan kepada semua, bukan untuk dimanipulasi pihak berdendam kesumat ke atas UMNO.

“Sejarah ketamadunan mengajar bahaya musuh dalam selimut licik mengambil kesempatan atas kenaifan melakukan kemusnahan.

“Kerana itu, UMNO perlu bijaksana mentafsir antara muafakat yang jujur berbanding sebuah muafakat terselindung tipu daya,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, tindakan mencipta pelbagai alasan baharu untuk menjustifikasikan kononnya UMNO tidak mematuhi piagam adalah alasan yang dibaratkan menukar fatwa mengikut selera politik.

Jelasnya, seseorang yang bergelar ulama seharusnya mengikut ‘nas’ sahih, bukan memanipulasi hukum mengikut selera politik untuk memperdagangkan agama demi mencapai objektif siasah.

Natijah gagal menilai itu, katanya, sangat tidak baik terhadap UMNO, malah musibahnya jauh lebih berbahaya kepada rakyat dan negara.

“Sebab itu UMNO mempercayai MN yang asal adalah sebenar-benar muafakat yang terbina atas keikhlasan dan di atas landasan perjuangan sama, iaitu keinsafan untuk berpadu menegakkan kebenaran serta menentang kezaliman,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, apa perlu diketahui adalah UMNO sejak awal sudah berada dalam sebuah kemuafakatan rakyat iaitu Barisan Nasional (BN).

“Semangat perpaduan di negara kita itu hendaklah dipertahankan semua rakyat demi negara tercinta.

“Hidup muafakat membawa berkat, berat sama dipikul ringan sama dijinjing, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat yang jujur. Biar fakta berbicara,” katanya. - Getaran, 6 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 2 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 9 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad