web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penubuhan MN Bukan Untuk Terima BERSATU - Mohamad Hasan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 12:09PM

Mohamad Hasan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Muafakat Nasional (MN) tidak ditubuhkan untuk menerima BERSATU sebagai ahli, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, pandangan Abdul Hadi bahawa UMNO memungkiri piagam MN adalah salah sama sekali.

Menjelaskan perkara tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata, MN tidak ditubuhkan dengan matlamat untuk mengambil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menjadi sebahagian daripada mereka.

“Malah salah satu sebab MN itu dibidani kelahirannya ialah untuk menentang PH (Pakatan Harapan) yang ketika itu BERSATU adalah komponen PH.

“Justeru untuk memaksa UMNO menerima BERSATU adalah bercanggahan dengan semangat sebenar MN itu diasaskan. Apa lagi bila mengenangkan bagaimana BERSATU bersekongkol dengan DAP dalam menentang UMNO dan menumbangkan kerajaan pimpinan UMNO,” katanya hari ini.

Mohamad atau lebih mesra disapa Tok Mad, berkata, MN sememangnya ditubuhkan untuk memayungi orang Melayu namun sesiapa jua yang ingin dibawa masuk perlu serasi dengan kepentingan UMNO dan PAS. 

“Kerana itu UMNO tidak pernah mengajak PKR, AMANAH, PUTRA ataupun PEJUANG untuk menyertai MN, walaupun mereka juga sebahagian dari ummah yang berkepentingan. 

“Jujurnya kerana UMNO tidak mahu menyinggung PAS,” katanya.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, piagam MN adalah persefahaman yang tidak mengikat dan ia didaftarkan kerana UMNO mahu orang Melayu melihatnya sebagai wadah untuk semua, bukan sekadar instrumen politik semata-mata. 

“Jadi janganlah dek kerana UMNO tidak mahu menerima BERSATU, MN itu PAS tinggalkan. Kepentingan orang Melayu dan Islam itu jauh lebih besar dari kepentingan BERSATU menyertai MN.

“Janganlah kita melakukan sesuatu yang akhirnya akan menjauhkan lagi orang Melayu daripada MN,” katanya. - Getaran, 5 Disember 2021

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Luar Negara 9 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran