web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Sarawak, PH Bukan Ancaman GPS - Fadillah

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 8:12PM

Fadillah Yusof (dua dari kiri) bertemu mangsa kebakaran di Kampung No. 6, Kuching, ketika mengadakan lawatan ke kawasan berkenaan hari ini.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Pakatan Harapan (PH) bukan ancaman kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) walaupun blok itu meletakkan calon di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 ini.

Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, rakyat Sarawak sendiri dapat menilai apa yang dilakukan PH sepanjang 22 bulan menjadi pemerintah.

Menurut beliau, PH terbabit dalam pembatalan banyak projek pembangunan untuk rakyat.

"Dalam tempoh 22 bulan memerintah dulu, apakah mereka menunaikan janji dalam manifesto? Saya yakin rakyat mampu menilainya," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung No. 6, di sini, hari ini.

Semasa lawatan itu, Fadillah turut menghulurkan sumbangan kepada lima mangsa kebakaran yang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran Jumaat lalu.

Fadillah yang juga Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut meminta rakyat di Sarawak memberi sokongan kepada GPS bagi memastikan kesinambungan pembangunan berterusan.

"GPS berjaya membuktikan bahawa parti telah memberi khidmat kepada rakyat Sarawak dengan pelbagai strategi yang disusun dan dilaksanakan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg," katanya.

Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen baru-baru ini mengesahkan PH bakal bertanding di 82 kerusi pada pilihan raya Sarawak nanti. - Getaran, 28 November 2021
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish