web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Maszlee, 500 Penyokong Sertai PKR

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 10:03PM

Maszlee (kiri) dan Anwar pada program Jelajah Presiden yang diadakan di Machap, hari ini. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama kira-kira 500 penyokong setianya. 

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu mengumumkan keputusan tersebut ketika berucap pada program Jelajah Presiden yang turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Pengerusi Pakatan Harapan di Machap di sini. 

Maszlee, yang juga bekas Menteri Pendidikan, menjadi Ahli Parlimen Bebas selepas keahliannya terhenti serta-merta apabila bertindak duduk di blok pembangkang semasa sidang Parlimen pada 18 Mei 2020.

Beliau menganggap keputusannya menyertai PKR bagai 'sirih pulang ke gagang' kerana sebelum ini, beliau pernah menjadi ahli parti itu yang didaftarkan pada 2017 melalui Cabang Ampang. 

"Saya terpanggil untuk menyertai PKR untuk melakukan perubahan setelah parti ini berada dalam keadaan populariti yang tidak begitu menggalakkan terutama setelah tewas dalam Pilihan Raya Negeri Melaka,” katanya dalam sidang media selepas program itu. 

Anwar pula berkata kemasukan Maszlee ke parti itu merupakan satu perkembangan yang baik dan pada masa sama, percaya kepada prestasinya untuk membantu parti.

Pada 29 Mei 2020, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu sidang media khas berkata bekas pengerusi parti Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi Ahli Parlimen Bersatu tidak dipecat daripada parti itu sebaliknya terhenti keahlian mereka kerana melanggar perlembagaan parti. 

Hamzah dipetik sebagai berkata keahlian Dr Mahathir, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Maszlee, Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Amiruddin Hamzah terhenti serta-merta selepas mereka bertindak duduk di blok pembangkang pada sidang Parlimen pada 18 Mei lepas. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 4 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad