web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Sarawak, PH Bertanding Semua DUN

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 4:06PM

Chong Chieng Jen (tengah) pada sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat PH Sarawak, semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, sekali gus menutup ruang kerjasama bersama parti pembangkang lain di negeri itu.

Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, gabungan berkenaan juga memutuskan bahawa penglibatan mereka hanya terbatas setakat komponen parti sahaja.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Sarawak berkata, semua calon PH akan ditentukan barisan kepimpinan mewakili ketiga-tiga parti iaitu PKR, DAP dan AMANAH.

"Kita menyerahkan kepada pemimpin parti komponen PH masing-masing bagi menentukan calon mereka.

“Semua calon yang bertanding juga akan menggunakan simbol parti masing-masing," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat PH Sarawak di Ibu Pejabat DAP Sarawak, semalam.

Mengulas mengenai pengagihan kerusi, Chieng Jen berkata, ia telah diumumkan awal tahun ini dengan DAP memperoleh 26 kawasan DUN, PKR (47) dan sembilan untuk AMANAH.

Antara 26 kerusi yang akan ditandingi DAP DUN Tasik Biru, Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kitang, Batu Kawah, Stakan, Mambong, Kedup, Bukit Semuja, Simanggang, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Pelagus, Bukit Goram, Baleh, Tanjong Batu, Kemena, Samalaju, Piasau, Pujut dan  Senadin.

PKR pula akan bertanding di Opar, Tanjung Datu, Pantai Damai, Tupong, Satok, Batu Lintang, Asajaya, Serembu, Tarat, Tebedu, Sadong Jaya, Simunjan, Lingga, Beting Maro, Balai Ringin, Bukit Begunan, Engkilili dan Batang Ai.

Saribas, Layar, Bukit Saban, Kalaka, Krian, Daro, Pakan, Meluan, Ngemah, Machan, Nangka, Dalat, Tellian, Balingian, Tamin, Kakus, Katibas, Belaga, Murum, Jepak, Bekenu, Lambir, Marudi, Telang Usan, Mulu, Bukit Kota, Batu Danau, Ba’ Kelalan dan Bukit Sari.

Sembilan kerusi untuk AMANAH ialah di DUN Demak Laut, Samariang, Muara Tuang, Gedong, Sebuyau, Kabong, Kuala Rajang, Semop dan Jemoreng.

Chieng Jen bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi DUN Kota Sentosa atau sebaliknya. – Getaran, 26 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 4 minggu yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95