web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Adil Desak Anwar Letak Jawatan - Hanipa

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 5:11PM

Anwar Ibrahim (tiga dari kiri) ketika majlis pelancaran Pelan Tindakan Pakatan Harapan PRN Melaka, baru-baru ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gesaan pucuk pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) terhadap Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meletak jawatan atas prestasi buruk gabungan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka tidak wajar dilakukan. 

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau tidak bersetuju dengan desakan terbabit kerana tidak adil untuk hanya menyalahkan seorang individu sahaja, sedangkan segala keputusan yang dibuat PH adalah secara kolektif.

Menurut beliau, banyak pesanan diterima yang memintanya seolah-olah bersetuju untuk menyalahkan Anwar atas kekalahan PH, khususnya PKR, pada PRN tersebut.

"Secara jujur, bagi saya, sesiapa pun berhak mengkritik, hatta sepedas mana pun ke atas barisan pimpinan PH termasuk Anwar akibat kekalahan tersebut.

“Ya, dengan hormat, agak 'fair' untuk mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ada 'saham' bagi kekalahan PH dan kesemua calon PKR di Melaka, tapi harus diingat, segala keputusan PH bukan dilakukan oleh beliau seorang sahaja. Setahu saya, PH sentiasa dipandu atas keputusan kolektif," katanya, hari ini. 

Mohamed Hanipa Maidin - Gambar fail Bernama
Mohamed Hanipa Maidin - Gambar fail Bernama

Sehubungan itu, Hanipa secara peribadi berpendapat, PH masih memerlukan khidmat Presiden PKR itu bersama kepimpinan sedia ada.

"Maka menyalahkan hanya seorang individu sahaja sedangkan sebarang keputusan PH bukan bersifat keputusan tunggal, sebaliknya ia adalah keputusan kolektif.

"Bagi saya, maaf cakap, adalah tidak adil,” tegas Hanipa yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi AMANAH. 

Terdahulu, gesaan agar ketua pembangkang terbabit berundur, muncul selepas penampilan suram PRK yang tewas kesemua 11 kerusi ditandingi dalam PRN Melaka.

Pengkritik antara lain mendakwa, keputusan Anwar mewajarkan tindakan mengambil 'katak politik' daripada UMNO dan BERSATU dengan alasan untuk mengembalikan mandat rakyat, sebagai antara punca kekalahan tersebut.

Keputusan PRN Melaka menyaksikan PH hanya memenangi lima daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan.

Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya itu dengan berjaya menakluk 21 kerusi DUN dan Perikatan Nasional cuma memperoleh dua kerusi DUN. - Getaran, 22 November 2021.

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad