web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warga Emas ‘Bengang’ Kerusi Roda Tak Cukup

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 10:07AM

Seorang pengundi dibantu keluar dari ambulans untuk menaiki kerusi roda sebelum mengundi di PRN Melaka. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Proses pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kecoh seketika, selepas pengundi menyatakan ketidakpuasan terhadap petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Difahamkan, ketegangan itu berlaku disebabkan warga emas yang hadir mengundi terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan dua buah kerusi disediakan.

Malah, perkataan kesat turut dilontarkan daripada pengundi golongan terbabit yang terlalu geram kerana dijanjikan akan disediakan kemudahan berkenaan sebaik tiba di pusat pengundian.

“Bodoh, kata tak perlu bawa kerusi roda, sekali dah datang kerusi roda tak cukup dan saya kena menunggu,” luah seorang pengundi yang didengari wartawan Getaran di Sekolah Kebangsaan Durian Daun (K), Lendu, di sini, hari ini.

Kekurangan kemudahan bagi warga emas dan orang kurang upaya (OKU) itu mempamerkan kelemahan SPR, seolah-olah ini adalah kali pertama suruhanjaya berkenaan mengadakan pilihan raya ketika negara berdepan ancaman COVID-19.

Justeru, ada pihak yang mengambil pendekatan menambah jumlah kerusi roda, dipercayai disumbangkan oleh Barisan Nasional (BN).

Tinjauan Getaran bagaimanapun mendapati, pengundi saluran satu dan dua itu masih terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan kemudahan itu.

Kelemahan ini sedikit sebanyak mengecewakan, kerana ia tidak sepatutnya berlaku. - Getaran, 20 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK DUN Nenggiri Buka Tirai Hari Ini

2

Politik 1 tahun yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri

3

Politik 1 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramlan Harun Dilantik Pengerusi SPR Baharu

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad