web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketengah Calon Muda Satu Eksperimen Berisiko - Pakar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 12:15PM

Farzana Hayani, calon muda yang diketengahkan oleh PKR, bertanding di kerusi DUN Sungai Rambai, pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Melaka. - Gambar dari Facebook Farzana Hayani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sabtu lalu PKR mengumumkan calon termudanya, Farzana Hayani Mohd Nasir, 21, untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Kerusi tersebut dimenangi Datuk Hasan Abd Rahman, calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan majoriti 1,669 undi mengatasi Azalina Abdul Rahman, calon daripada Pakatan Harapan (PH).

Berbeza pula kali ini apabila BN mengambil keputusan ‘berani mati’ mempertaruhkan muka baharu, Siti Faizah Abdul Aziz untuk mempertahankan kerusi tersebut yang dikuasai sejak 2008 lagi.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

Pensyarah Kanan Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, tindakan PKR mengenengahkan calon muda dan baharu di kerusi DUN Sungai Rambai sebenarnya satu eksperimen berisiko kepada Pakatan Harapan (PH).

“Berdasarkan pengalaman yang pernah berlaku sebelum ini, gabungan PH meletakkan seorang calon muda popular iaitu Dyana Sofya Mohd Daud yang dikatakan mampu memberi kemenangan, tetapi ternyata calon itu gagal.

“Walaupun diletakkan di kawasan bercampur iaitu Teluk Intan, dia tewas walaupun saya fikir dia barangkali lebih popular daripada calon muda yang diperkenalkan di PRN Melaka. Jadi sudah tentu, keputusan ini satu eksperimen berisiko,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Walau bagaimanapun, beliau berkata tindakan menampilkan calon muda pada PRN Melaka bukan satu perkara baharu.

“Sejak PRU-10 lagi, blok pembangkang yang dianggotai PAS, PKR dan DAP sering mengenengahkan calon muda. Pada 1974, (Datuk Seri) Najib Razak pun pernah jadi calon pada usia yang sangat muda, lebih kurang 22 atau 23 tahun.

“Soal calon muda itu sebenarnya bukan nak kata terlalu relevan tapi masih boleh dipertimbangkan dengan beri peluang kepada anak-anak muda untuk bertanding. Jadi ia bukan isu baharu dan barangkali ada faktor lain yang diambil kira,” katanya.

Pada masa sama, Jamaie berkata PH mempunyai alasan tersendiri untuk mengetengahkan calon muda di DUN tersebut.

“Ketika PKR dan DAP bergabung dengan PAS suatu ketika dulu, mereka sering letakkan calon muda di kawasan bercampur iaitu pinggir bandar atau bandar. Bukan nak dikatakan mereka jadi pilihan utama tetapi sesiapa pun dicalonkan ada peluang besar untuk menang.

“Jadi di PRN Melaka ini, kena tengok di mana kawasan calon muda itu diletakkan. Kalau di kawasan bukan pinggir bandar dan bandar, peluang untuk menang itu langsung tertutup,” katanya.

Melihat kepada situasi politik semasa ketika ini, Jamaie berpendapat BN masih berpeluang mempertahankan kerusi di DUN tersebut.

“Saya fikir peluang pembangkang menambah kerusi itu sangat sukar. Kesukaran itu bergantung kepada keadaan sekarang ini. Rakyat perlukan pekerjaan dan ekonomi yang baik, sekarang bukan waktu nak berpolitik.

“BN sudah menang di sana sejak sekian lama. Jadi saya yakin pengundi akan memilih kerajaan yang lebih stabil supaya tak jadi seperti sekarang. Ini kerana kalau kerajaan tak stabil, pekerjaan sukar diwujudkan, ekonomi sukar dihidupkan dan ancaman COVID-19 tidak dapat diatasi dengan konsisten,” katanya.

Dr. Awang Azman Awang Pawi
Dr. Awang Azman Awang Pawi

Sementara itu, penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata keputusan PKR menurunkan calon muda itu untuk menunjukkan mereka sedang meremajakan parti.

“Mereka memberi laluan kepada muka-muka baharu manakala muka-muka lama dikekalkan untuk jumlah tertentu. Ini merupakan strategi politik PKR yang dilihat agak ke depan.

“Memandangkan pengundi muak dengan tingkah laku ahli politik terutamanya yang lama, saya rasa ini satu strategi untuk mengimbangi situasi tersebut,” katanya.

Begitupun beliau berpendapat, PH berpeluang lebih baik daripada Perikatan Nasional (PN) dan BN untuk memenangi PRN Melaka kali ini.

“Saya kira ini persaingan untuk mendapat kelebihan, bukan sahaja PKR tapi BN juga terutamanya mahu memastikan persaingan yang lebih baik. Tapi saya rasa peluang PH (menang) lebih tinggi.

“Tindakan BN yang bertanding atas logo sendiri menyebabkan berlakunya pecah undi antara PN dan BN. Pertandingan sebenar antara PH dan PN tapi BN menjejaskan strategi tersebut,” katanya. - Getaran, 12 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 43 minit yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut