web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adly Zahari Gagal Dapat Kebenaran Mahkamah Batalkan PRN Melaka

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 2:05PM

Adly Zahari - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari hari ini gagal mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk membatalkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan pada 20 November.

Adly yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil dalam permohonan untuk memulakan semakan kehakiman, juga telah memohon pengisytiharan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14 pada 4 Oktober lepas, adalah terbatal dan tidak sah.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin ketika menolak permohonan Adly, memutuskan bahawa keputusan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka, tidak boleh diadili.

Hakim Noorin dalam penghakiman ringkasnya berkata berpandukan Perkara 7 (4) Perlembagaan Negeri Melaka, membenarkan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, setelah tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ADUN, untuk membuat keputusan memohon kepada responden keempat (Mohd Ali) bagi membubarkan DUN.

“Susulan permintaan responden pertama (Sulaiman), responden keempat (Mohd Ali) telah mempertimbangkan dan bersetuju dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14 berkuat kuasa 4 Okt lepas, kerana beliau diberi kuasa untuk berbuat demikian mengikut Perkara 19 (2) Perlembagaan Negeri.

“Mahkamah ini mendapati bahawa sejak awal lagi tidak pernah ada nasihat yang diberikan oleh responden pertama kepada responden keempat untuk membubarkan Dewan.

“Hanya ada permintaan dan berdasarkan permintaan itu, responden keempat boleh mengambil langkah-langkah berdasarkan Perkara 7 (4) perlembagaan berkenaan untuk memperkenankan permintaan pembubaran tersebut.

“Responden keempat telah menggunakan kuasanya dengan betul di bawah Perkara 19 (2) perlembagaan.

“Ini adalah proses yang telah diambil oleh responden keempat,” kata hakim Noorin.

Hakim seterusnya berkata bahawa pembubaran DUN adalah tidak boleh diadili dan diterima untuk semakan kehakiman.

“Perkara tersebut telah diselesaikan. Tiada merit untuk mengemukakan hujah lanjutan dan permohonan ini ditolak tanpa perintah berhubung kos,” tambahnya.

Adly, 50, memfailkan permohonan itu dengan menamakan Sulaiman, Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Mohd Ali masing-masing sebagai responden pertama, kedua, ketiga dan keempat. 

Dalam permohonan itu, Adly memohon satu deklarasi bahawa tindakan responden pertama (Sulaiman) menasihati responden keempat (Mohd Ali) pada 4 Okt lepas untuk membubarkan DUN Melaka setelah tidak lagi mempunyai kepercayaan majoriti ADUN, telah melanggar undang-undang, terbatal serta tidak sah.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa adalah tidak munasabah dan tidak rasional bagi Sulaiman menasihati Mohd Ali supaya membubarkan DUN dalam keadaan pandemik COVID-19 atau fasa endemiknya di negara ini.

Adly juga memohon perintah certiorari agar writ pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya bertarikh 18 Oktober untuk mengadakan pilihan raya negeri dibatalkan; selain kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Peguam Razlan Hadri Zulkifli memberitahu pemberita bahawa beliau akan menunggu arahan selanjutnya daripada anak guamnya untuk tindakan seterusnya.

Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavathy dan Ahmad Hanir Hambaly mewakili Jabatan Peguam Negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

2

Semasa 5 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

4

Semasa 6 hari yang lalu

Nahas 5 Maut: Remaja Disyaki Memandu Secara Berbahaya, Melulu, Direman

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 45 minit yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 22 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad