web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penamaan Calon PRN Melaka, Ab Rauf Langgar SOP SPR?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 5:25PM

Ab Rauf (dua, kiri) tiba di Pusat Penamaan Calon PRN Melaka di pusat penamaan calon DUN Tanjung Bidara hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pagi tadi.

Dakwaan itu dibuat Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, Nik Nazmi memuat naik gambar menunjukkan Ab Rauf diiringi beberapa penyokong dengan memakai baju parti Barisan Nasional (BN) ketika sedang berjalan kaki menuju ke pusat penamaan calon di  Kompleks Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Tanjung Bidara dekat Alor Gajah, Melaka.

Turut kelihatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pengerusi UMNO Melaka Ab Rauf Yusoh bawa rombongan 20 orang termasuk Najib Razak untuk penamaan calon #PRNMelaka, langgar SOP Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

SPR sebelum ini dalam pengumumannya melarang mana-mana penyokong parti hadir ke pusat penamaan calon, yang juga sebahagian daripada SOP ditetapkan bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, hanya calon, pencadang dan penyokong dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon.

Susulan insiden itu, Nik Nazmi mempersoalkan sama ada Ab Rauf beroleh layanan istimewa kerana tetap membawa rombongan walaupun sudah mengetahui SOP ditetapkan.

“Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, apa tindakan kepada mereka? Takkan parti sendiri dapat lesen special kot. Kita kan #KeluargaMalaysia,” katanya, sinis.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menyaksikan pertembungan hebat tiga penjuru melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), BN dan Pakatan Harapan (PH).

Selain Ab Rauf, dua lagi calon itu adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari BERSATU mewakili PN dan Setiausaha Pengelola PKR Cabang Masjid Tanah, Zainal Hassan mewakili PH.

Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh penamaan calon ditamatkan pada jam 10 pagi. - Getaran, 8 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK DUN Nenggiri Buka Tirai Hari Ini

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan